Kalau Pakatan kekuatannya pada huruf 'R' kerana bermaksud RAKYAT.
Tanpa rakyat tiadalah pakatan dan tanpa rakyat siapalah Dato Seri Anwar, siapalah Dato Seri Nizar. Kenapa BN tumbang kerana apa? kerana alpa, kerana mabuk kuasa, kerana lupa pada rakyat. Terlalu sibuk dengan APnya, kontrak bilion-bilionnya hingga terlupa rakyat di felda, di kampung, di pendalaman, di kota yang merintih pembelaan nasib mereka.
Rakyat adalah kuncinya dan tanpa sokongan rakyat siapa wakil rakyat....nama pun wakil kepada rakyat bukan wakil kepada tawkey-tawkey besar, kroni ataupun kontraktor.
Melihat perkembangan semasa, nampaknya pemimpin-pemimpin besar umno dan BN baru tersedar akan kekuatannya suara rakyat suara keramat.
Ya....betul, sekarang ini masih boleh menyorok di belakang polis dan mahkamah tetapi ingatlah semua itu semua pun rakyat biasa juga. Ingatlah....Yang Muda pasti Tua dan Yang Hidup pasti Mati. Tidak ada satu pun kekal di dunia yang fana ini cuma akhirat kekal dan abadi.
Rakyat pemangkin negara dan tanpa rakyat siapalah pemimpin. Malaysia bukan milik individu bahkan milik setiap warganegara malaysia, tidak kira melayu, cina, india, iban dan kadazan. Jangan diperkecilkan kekuatan rakyat....tumbangnya BN disebabkan rakyat benci dan muak dengan perlakuan umno dan bn. Parti cumalah sebagai wadah tetapi rakyatlah punca kekuatannya.
Dalam keadaan isu dan agenda nasional dan negara, Kembalikan segera kepada rakyat menentukan dan jangan terlalu bongkak dengan kuasa sementara yang ada. Kembalikan kegemilangan semula Malaysia sebagai sebuah negara yang disanjungi dan dihormati dunia.
Rakyat menjana kekuatan Negara. Hidup rakyat!!!!Hidup Pakatan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan