Biar betul Najib kata tak nak bertanding di Penanti....dengar kata khemah untuk anggota polis dan FRU dah 'ready' di sana. Patern khemah serupa macam di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Sungguh ke tidak ni, kata tak nak bertanding atau nak main cikucak dengan Pakatan Rakyat. Biar betul-betul Pak Najib....jangan pulak cakap tak serupa bikin....ke takut PR datang ramai-ramai masa penamaan calon nanti lalu di buat helah di media.
Biar betul apa yang rakyat dengar, bunyi-bunyi masa dalam mesyuarat BN semalam kata parti komponennya kebanyakannya menyokong membubarkan DUN. Nampaknya najib dan zambery sahajalah yang mempertahankan kerajaan haram yang dok ada sekarang ni. kata dunia tanpa sempadan, kata mulimedia super corridor. Tak payah nak auta dan tak payah sorok seluruh dunia dah tengok. Biar betul-betul....jangan sampai pulak orang di batang ai tahu, nanti tinggallah orang utan di sepilok aje yang tinggal menyokong umno nanti. Biarkan.....................
Biar betul di Kangar, Perlis....hampir 1000 orang umno meninggalkan parti tua gayut ni. Nampaknya sibuk mengata ke pas....rumah sendiri pun macam nak roboh, itu pun tinggal tiang seri sebatang, kalau ada angin sepoi-sepoi bahasa pun tumbang. Biar betul-betul...dengar kata lagi orang umno di sana dah tak sibuk berebut pangkat, dah tak ada lobi-melobi..hmmm mungkin dah insaf atau tak berkenan pada ketua yang satu itu. Baik bubarkan ajelah umno di perlis, ramai-ramai kita join PAS atau PKR, sekurangnya rumah PR baru bina jadi masih ada ruang lagi untuk bersama.
Salam........................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan