Nampaknya di dalam rancangan astro awani sebentar tadi, Dr. Chua Soi Lek akhirnya dengan ikhlas dan jujurnya berkata benar.
Apa yang diucap dengan hati yang tulus ikhlas. Manakan tidak, kununnya berjiwa rakyat bila naik monorel bersama rakyat, berjalan-jalan di Jalan TAR dikira berjiwa rakyat juga, sedangkan semuanya telah dirancang dan diatur oleh orang-orangnya sendiri.
Semuanya seperti drama swasta di RTM!, semuanya dirancang, dari arah mana nak jalan, kedai mana nak disinggah, berceramah pada penyokong-penyokong sendiri ibarat pak dogol di dalam ceritera wayang kulit. Kununnya untuk mengetahui dan mendekati rakyat dengan lebih dekat lagi lagaknya.
Tak payah nak kelentonglah kalau nak ke kedai nasi kandar makan bersama rakyat tapi bawa pinggan dan gelas sendiri. Takut kuman atau penyakit kalau guna pinggan dan gelas yang rakyat pakai.
Bak kata Dr.Chua, kalau berani, buatlah dialog secara sepontan dan mengejut dan bukannya dengan mencanang ke seluruh negara yang 'PM rakyat' nak turun bersama dengan rakyat.
Kalau betul faham dan akur masalah rakyat, tak kan ada pengumuman minyak naik september ini.
kalau betul faham masalah rakyat, segera semak harga tol PLUS yang mahal melampau tu, tolong masyarakat bandar yang sekarang ala-ala cukup makan sahaja. Kaji balik harga tarif air, kaji tarif elektrik, bantu pemandu-pemandu teksi dengan subsidi atau rebat bukannya dengan cara naikkan tambang. Tolong pekerja-pekerja kilang yang sekarang ni makan gaji 'basic' sahaja, yang dah kahwin nak menyara keluarga, yang bujang nak berumahtangga. Bantu rakyat yang kehilangan pekerjaan dan banyak lagi cara nak bantu rakyat dalam keadaan ekonomi merudum seluruh dunia.
Setiap kali bertukar PM itulah skripnya...sama dari dulu, kini dan selamanya kosmetik, wayang kulit arahan tok dalang dan tukang karut. Yang cuma berubah orangnya sahaja....perangai tetap sama seperti biasa bak kata pepatah orang putih,'business as usual' hinggalah parti dacing karat ni pupus seperti mana pupusnya dinasour di zaman purbakala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan