Sorotan sepanjang minggu penuh dengan debaran menyaksikan mahkamah mengesahkan Dato Seri Nizar sebagai MB yang sah dan kemudiannya keputusan itu ditangguhkan oleh Mahkamah Rayuan. Peristiwa yang berlaku di Perak pastinya akan tertulis dalam lipatan sejarah dimana Dato Seri Nizar hanya sempat di Meja MB selama 6 jam sahaja. Tentunya ini akan diingati dan mungkin ditulis dalam buku sejarah malaysia untuk anak cucu kita nanti.
Kekalutan yang berlaku di Perak ini adalah berpunca dari tidak kestabilan dalam kerajaan negeri Perak yang sekarang ini terdiri daripada 28 PR, 28 BN, 3 Bebas. Penyelesaian dan jalan terbaik adalah memberikan mandat kepada rakyat marhain untuk menentukan kerajaan negeri yang lebih stabil dan dinamik.
Mungkin bukan 100 peratus puncanya dari BN tetapi dalam keadaan politik yang kian serabut dan berserabai ini, kita mengharapkan Perdana Menteri kita dalam memberikan jalan yang terbaik untuk meredakan keadaan dan mengurai keadaan yang semakin kusut ini. Dalam pada itu ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim juga dalam mesyuarat PR semalam bersetuju untuk mencari jalan dan kaedah terbaik untuk kedua-dua pihak.
Sebagaimana yang kita lihat sekarang ini, kemungkinan untuk PR dan BN untuk berbincang, duduk semeja, bermuzakarah atau bermuqabalah adalah masa yang terbaik demi mencari jalan tengah demi kesejahteraan rakyat negeri Perak.
Pada semua kepimpinan, tak kira pihak BN ataupun PR, anda semua dipilih sebagai wakil rakyat maka berbakti dan berjasalah kepada rakyat. Anda bukan tuan kepada rakyat tetapi rakyat adalah tuan kepada anda-anda semua. wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan