2 Feb- Pegawai khas kepada PM , Nasir Safar telah membuat kenyataan yang bersikap perkauman di satu majlis di Melaka yang bertempat di Malacca International Trade Centre.Kenyataan lain adalah untuk menarik balik kewarganegaraan masyarakat India dan Cina.Beliau merupakan pegawai khas bahagian komunikasi di JPM.
Nasir menyifatkan kaum India dan Cina merupakan pendatang dan dalam salah satu kenyataannya , dia mengatakan yang " kaum India datang ke sini sebagai pengemis dan orang cina pula banyak yang datang dan terutama perempuan menjual tubuh mereka ".
Kenyataan yang jelas menunjukkan tahap pemikiran seseorang yang menjawat jawatan tertinggi di JPM menunjukkan 1Malaysia Najib hanyalah satu penipuan terhadap rakyat.Turut hadir ialah wakil dari MIC dan MCA , mereka lantas menunjuk tanda protes dan keluar beramai-ramai dari majlis itu meninggalkan Nasir Safar dan beberapa kerat pemimpin yang perkauman di dalam majlis itu.
Salah seorang ahli MIC Melaka akan membuat laporan polis terhadapa tindakan Nasir Safar kerana dengan jelas menyinggung perasaan mereka.Seorang pemuda MIC yang hadir turut memberitahu pihak TawanMalaysia bahawa Nasir mengeluarkan kenyataan " orang India ini dah lebih , mereka memaksa kerajaan untuk 12 subjek di dalam SPM , kita pada bila-bila masa sahaja boleh menarik kerakyatan orang India ini " .
Thiran 32 , seorang wakil MIC Melaka mengatakan bahawa " Nama saja pegawai khas PM , tetapi cakap macam sampah , anda bayangkan bagaimana seseorang yang bekerja at the highest office boleh panggil orang India dan Cina pendatang ?"
Banyak wakil MIC yang berbual di luar dewan sewaktu majlis itu berlangsung dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka.Laporan polis akan dibuat berhubung kenyataan yang bersikap perkauman dan hasutan itu.
Kesemua parti komponen BN memohon agar Nasir Safar memohon maaf dia atas kenyataan yang nyata berbaur hasutan dan perkauman itu.Ini juga sudah menunjukkan perpecahan yang ketara di kalangan parti komponen BN.
sumber:tawanmalaysia.
Komen : Gagasan 1Malaysia lebur, hancur bak kata pepatah 'Kerana santan, Pulut binasa, Kerana Mulut, 1Malaysia Binasa'
aku negok muka MAMAT SEKOR NI langsung takde CAHAYA..memang patut le ALLAH S.W.T bagi cash defisit kat dia..dia ingat kerja dibawah JPM boleh buat dan cakap sesuka hati...dah BERHENTI KEJA nanti tau le nasib MAMAT SEKOR ni..AKU MEMOHON PADA ALLAH S.W.T SEMOGA KETUA DIA JUGAK AKAN TERIMA BALASAN SEBAB MENGANAYIA RAKYAT..
BalasPadamBerita terbaru dari member aku (orang gomen). Najib akan pecat Nasir sebab statement melampau mamat tu.
BalasPadamHarapnya dapat tunjukkan ketegasan Najib dalam menangani isu ni. Lagi pun apa yang Nasir kata tak dak kena mengena dengan Najim dan UMNO. (kata member aku la)
Komited jugak Najib dengan konsep 1Malaysia dia.