Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Februari 05, 2010

Rangkuman perjalanan perbicaraan fitnah 2.0

Perbicaraan masih lagi berkisar pada keterangan Saiful Bukhari selaku saksi pendakwaan pertama.

1. Terdahulu, Karpal Singh memohon Mahkamah untuk mensabitkan Utusan Malaysia atas kesalahan menghina mahkamah berikutan penggunaan tajuk “Saya tidak rela diliwat lagi”, di mana perkataan “lagi” itu sama sekali tidak berbangkit dalam perbicaraan semalam.

2. Hakim Zabidin terpaksa mengambil masa 5 minit (menelefon seseorang mungkin?) untuk membuat keputusan.Sebagaimana dijangka, keputusan kurang cerdik telah diputuskan, dimana Utusan tidak melakukan kesalahan tersebut di dalam kamar mahkamah, justeru ia bukan satu bentuk penghinaan.

3. Mahkamah telah dipertontonkan dengan rakaman CCTV yang menunjukkan pergerakan seorang individu menaiki lif ke aras 5 dan menaiki lif yang sama meninggalkan aras tersebut.Saiful mengakui individu tersebut adalah beliau.

4. Saiful ditunjukkan dengan beberapa keping gambar, dan Saiful mengesahkan itulah beliau yang sedang bergerak keluar daripada kondominium berkenaan.
Pertikaian: gambar ini antara bukti yang tidak dibenarkan mahkamah untuk diberi kepada DSAI dan pasukan pembelaannya. Justeru potensi bahawa gambar ini dimanipulasi sangat besar kerana kesahihannya hanya diketahui oleh pasukan pendakwa.

5. Saiful sewaktu ditanya Yusuf mengapa beliau menemui doktor, menjawab yang dia menemui doktor berkenaan dia telah diliwat. Saiful mengaku bahawa dua hari selepas kejadian berkenaan barulah dia mengambil keputusan untuk menemui doktor.
Pertikaian: dalam ilmu Biologi, air mani hanya boleh bertahan selama 24jam sahaja.

6. Doktor Mohamed Osman masuk ke dalam kamar mahkamah, dan Saiful menyatakan bahawa dia mengenai doktor tersebut sebagai ‘Doktor Pusrawi’.

7. Saiful mendedahkan, sewaktu pemeriksaan dibuat, doktor tersebut telah memasukkan sesuatu ke dalam dubur beliau. Dan pada ketika itu dia memaklumkan yang dia telah diliwat.Doktor berkenaan telah memberhentikan pemeriksaan serta merta.
Pertikaian: Laporan Doktor Mohamed Osman yang telah tersebar luas di internet jelas menunjukkan bahawa dubur Saiful adalah suci daripada sebarang tusukan.

8. Doktor tersebut telah menasihatkan Saiful untuk membuat pemeriksaan tersebut di hospital kerajaan, dan Saiful menuruti nasihat doktor tersebut.

9. Saiful kemudian beralih ke Hospital Besar KL (HKL). Di sana beliau bertemu dengan seorang ‘doktor India’.

10. Saiful mendakwa beliau telah membuat laporan polis di Pondok Polis HKL. polis membawakan borang repot kepada dia selepas dia memaklumkan yang dia telah diliwat. Saiful memaklumkan bahawa DSAP Jude Perriera adalah Pegawai Penyiasat bagi kes beliau.

11. Apabila memaklumkan kepada doktor di HKP bahawa dia telah diliwat,Saiful terus dibawa ke wad kecemasan untuk pemeriksaan lanjut. Selepas sejam, seorang doktor datang untuk membuat pemeriksaan tekanan darahnya. Selepas setengah jam, seorang doktor datang dan memaklumkan yang Saiful perlu membuat laporan polis sekiranya dia mahu diperiksa atas kes liwat.

12. Selepas setengah jam, dua orang pegawai polis telah datang dan membawakan dokumen berkaitan untuk membuat laporan polis. Polis berkenaan menyoal siasat beliau dan selepas waktu Isyak, dua ke tiga orang doktor melakukan pemeriksaan ke atas badannya.
Pertikaian: dalam laporan perubatan kedua, juga konsisten menyatakan bahawa tiada sebarang tusukan ke dalam dubur saiful. Juga tidak ada sebarang tanda-tanda pergelutan yang mengesahkan beliau diliwat.

13. Sewaktu pemeriksaan, Saiful menyatakan yang doktor telah menggunakan putik kapas (cotton bud) untuk memeriksa leher, badan dan dubur beliau.

14. Mahkamah ditangguhkan ke 9.30 pagi esok, Jumaat (5/2/2010).

Pejabat Ketua AMK

sumber:shamsuliskandar.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito