Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Disember 08, 2009

Awas...lakonan biawak


Cukai Perkhidmatan RM50 Atas Kad Kredit Agak Mengecewakan, Kata CIMB Group

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- CIMB Group berkata ia agak kecewa dengan rancangan kerajaan untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 ke atas kad kredit.

"Kami agak kecewa kerana kami mengharapkan cukai perkhidmatan itu tidak perlu berikutan cadangan untuk mengurangkan pegangan tunai dan meningkatkan cara pembayaran yang lain," kata ketua eksekutif kumpulan Datuk Seri Nazir Razak.

"Ini adalah sesuatu yang mengecewakan kami tetapi kami harus mematuhinya," katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian kemudahan pinjaman berjangka bernilai RM50 juta daripada CIMB Bank Bhd dan UBS AG kepada JCY HDD Technology Sdn Bhd.

Untuk menggalakkan perbelanjaan berhemah, kerajaan telah mencadangkan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas setiap kredit kad utama dan kad caj dan cukai perkhimatan RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari depan.

Ditanya jika CIMB Bank boleh menyerap cukai perkhidmatan itu, Nazir berkata "ianya hanya berkaitan ekonomi."

Bank itu menjangka mencapai sejumlah 1.2 juta pemegang kad kredit menjelang akhir tahun berbanding 1.1 juta pelanggan sekarang.

Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) baru-baru ini berkata cukai perkhidmatan itu tidak akan memberi kesan kepada nilai urus niaga keseluruhan oleh pemegang kad dalam jangka masa sederhana.

Pemegang kad mungkin hanya akan membatalkan kad-kad lebihan untuk mengurangkan beban cukai kerana cukai itu dicadangkan untuk dikenakan setiap tahun ke atas setiap satu kad, katanya.

MARC juga percaya cukai yang dicadangkan itu akan menyebabkan penghindaran daripada permohonan banyak kad bagi pemohon baharu dan oleh itu, kadar pertumbuhan bagi kad kredit yang dikeluarkan akan kehilangan momentum daripada pertumbuhan tahunan sebanyak 13.2 peratus yang direkodkan sepanjang 2004-2008.

Bagi pengeluar kad, iaitu 21 bank dan tiga institusi kewangan bukan bank, cukai ini akan memberikan kesan bercampur bergantung kepada penguasaan pasaran sekarang dan penjenamaan mereka, tambahnya.

-- BERNAMA

P/S- Tak kan  adik kata abang punya polisi tak betul kot....rakyat didahulukan kunun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito