Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Disember 07, 2009

Jaga-jaga bila umno berjanjikan jamban..tan


BEBERAPA penduduk melihat kerja-kerja menambak jambatan yang mendap akibat banjir di Kampung Kawah, Sungai Lembing, Pahang semalam.

KUANTAN - Lebih 300 penduduk Kampung Kawah, Sungai Lembing di sini terputus hubungan apabila jambatan menuju ke bandar Kuantan mendap dan hampir runtuh akibat banjir di sini semalam.

Jambatan kayu sepanjang 80 meter yang dibina dengan kos RM1 juta itu mendap selepas ia siap dibina pada April lalu.

Seorang penduduk kampung tersebut, Ismail Abas, 64, berkata, masalah berkenaan berlaku hampir setiap tahun apabila tiba musim hujan dan banjir dan kali ini paling teruk.

"Jambatan kayu ini dibina bagi menggantikan jambatan lama yang runtuh pada bulan Januari tahun lalu. Tetapi malangnya, jambatan ini juga mendap dan mampu bertahan selama lapan bulan sahaja," katanya di sini semalam.

Berikutan itu Ismail berkata, penduduk yang terdiri daripada peneroka, pemilik kebun sayur dan kelapa sawit di kawasan itu gagal menjual hasil tanaman mereka.

"Lori pengangkut hasil tanaman tidak dapat menggunakan laluan ini kerana bimbang ia akan runtuh sekali lagi. Ini menyebabkan penduduk rugi kerana tidak dapat mengeluarkan hasil kebun selain menyukarkan pergerakan mereka," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito