Pemuda Umno Minta Pas Jelaskan Di Mana Silapnya Modul BTN
KOTA BAHARU: Pergerakan Pemuda Umno meminta Dewan Pemuda Pas menjelaskan di mana silapnya modul pendidikan Biro Tata Negara (BTN) yang dikatakan bertentangan dengan syariah Islam.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian berkata perkara itu perlu memandangkan pengharaman dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan setelah memerintah negeri ini hampir 20 tahun.
"Saya mahu pemuda Pas menyertai sendiri dan melihat di mana silapnya modul yang diajar oleh BTN itu, sehingga terikut-ikut sama menolak kursus berkenaan," katanya ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut mengharamkan kakitangan kerajaan negeri menyertai kursus BTN.
Semalam Mursyidul Am Pas itu mengarahkan kakitangan Kerajaan negeri itu tidak menyertai kursus anjuran BTN berikutan pengharaman oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor dan DAP di Pulau Pinang.
--BERNAMA
Pemuda UMNO ini bangang sangat sehingga tak tahu yang mana baik dan yang mana tidak....................lu fikirlah sendiri
BalasPadamumno ni igt org2 PR bodo ke mcm diaorg.da tentu la kursus tu nt xb'sifat mcm dl klu org2 PR sertai utk tgk mne silap nye
BalasPadamPemuda UMNO ni gamaknya jenis bangang...kalau budak sekolah rendah dengar ceramah para "guru" BTN tu bercakap pun faham yang BTN ni menghasut dan bersifat rasis.
BalasPadamAku ni dah 2 kali terlibat dengan kursus ni...2 kali aku tengok, aku dengar, macam-macam perkara yang busuk lagi jijik nak cakap....cerca,hina,fitnah ADO BELAKO!!!!