Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Jun 20, 2009

Wah!!! pandai dah sebut syurga neraka

Umno pandai dah sebut dosa pahala....hebat tu....

Terkejut jugak bila cerita syurga neraka, Agak-agak bila boleh bagi khutbah jumaat, rasanya kalau betul la nak join orang-orang alim ulama, kenalah tukar cara dan gaya hidup.

Yang pertama, Kenalah belajar pakai jubah jangan pulak asyik pakai kot dan seluar hawaii

Yang kedua, Kenalah gi masjid selalu dan kalau ada kuliah subuh, gi la ke depan bagi tazkirah atau kuliah

Yang ketiga, Kenalah pandai jadi imam, kalau boleh setiap waktu tu kenalah ada di masjid, kalau ada kematian kenalah turun jadi imam, janga jadi makmum aje.

Yang keempat, bagi wanita yang nak jadi muslimat, kenalah buang fesyen tudung dok ada jambul di depan, sesetengah tu rambut sampai berkarat lagi.

Yang kelima, kalau nak minum gi la kedai mamak atau warung kopi tepi jalan bukan minum di 'coffee house', kata nak jadi pemimpin jiwa rakyat

Lepas tu nak cerita pasal syurga neraka pun orang pun 'respect', ni tidak...cakap lain, buat lain.


UNDI BN BOLEH MASUK SYURGA JUGA – MUHYIDDIN – berita harian

KUALA KRAI: Muhyiddin Yassin, berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.

Timbalan Presiden Umno itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

1 ulasan:

  1. TANG NI AKU SOKONG MAHATHIR NI DIA TAHU HATI BUDI ORE KELATE.

    TANG MUHIDIN SUSAH SIKIT. PATUA KE BARUA.

    BalasPadam

Orang kito