Julai ini DSAI akan dibicarakan akan kes yang sama pada 1998 DSAI dipenjarakan. Watak pelakon drama sama tetapi sedikit berlainan dari segi pelakon dengan konspirasi 1998.
Apabila sistem perundangan yang digunapakai masih lagi undang-undang rimba maka dengan sendirinya keputusan yang akan dibuat tentulah sudah diketahui umum yang tentunya akan ditafsirkan hanya untuk menyumbat semula DSAI ke dalam sungai buluh untuk dipetisejukkan oleh tangan-tangan ghaib yang kita ketahui ramai.
Dalam pada peguambela anwar memohon untuk melihat dan menilai butiran kes, pihak yang berkenaan pula semacam enggan untuk bekerjasama dan memberi peluang untuk mereka membuat pembelaan bagi pihak anak guam mereka.
Pelakon dan skrip sudah tersedia, hakim yang dilantik pun kredabiliti yang boleh dipertikaikan, Mahkamah cuma menjadi sarkas untuk seluruh dunia menonton tayangan ulangan atau mungkin boleh kita anggap seperti sequel cerita wayang panggung, sambungan hikayat 1998 kini hikayat 2009 versi najibun al rosemah yang tentu menyimpan dendam kesumat untuk melihat karier politik DSAI musnah 'ones and for all'.
Tatkala Najib melaungkan 1malaysianya dengan penuh semangat dan emosi, sistem perundangan dan kebebasan masih lagi ditakuk lama dan kepimpinan yang ada dalam UBN masih lagi tidak melihat atau mengabaikan sahaja isyarat rakyat pada PRU12.
Tanda-tanda menunjukkan UBN sedar nampaknya semakin kabur dan jelas rakyat akan menolak mereka secara total pada PRU13 berkemungkinan besar akan berlaku, dalam pada UBN cuba merapatkan diri mereka dengan PAS melalui team pro muzakarah, MCA , GERAKAN dan PPP cuba menjauhkan diri.
Muhasabah diri semacam memang tidak ada dalam jatidiri mereka maka apa yang mungkin terjadi, penolakan rakyat terhadap umno berkemungkinan besar pilihanraya ke -13 akan menjadi pilihanraya terakhir dan umno dikuburkan tanpa nesan dan sejarah hitam akan tercipta keatas kealpaan gerombolan kepimpinan umno yang ada diakhir usia ini. Terima Kasih.
untuk selanjutnya, sila klik disini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan