Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Jun 20, 2009

Tok Pa jadi Tok Jogho....

Tok Pa kecewa kerana strategi nak mainkan PAS tak menjadi. Mentang-mentanglah dah jadi pengerusi perhubungan UMNO kelantan so nak tunjuklah peformance boleh buat keje la tu.

Tapi apa nak buat....sejarah membuktikan umno cuma berbaik dengan PAS pada masa kecederaan sahaja. Nanti bila dah kuat esok, mulalah balik perangai buruk dia.

Bila kuat nanti, mulalah sepak terajang orang PAS. Orang lama pun ada nasihat, 'Kalau dah tau di depan kita ada ranjau, kalau sekali OK lah bolehlah diterima akal, kalau kena kali kedua masuk jugak, bengong namanya'.

Pada Tok Pa, apa kata umno kelantan bubar, pakat ramai-ramai masuk PAS, barulah betul jalannya.

Mana ada yang kuat join yang lemah....yang lemah join yang kuat adalah......

Ikut bahasa omputeh,'If we can not fight them, Join them'

PAS FOR ALL


Kerajaan perpaduan: Mustapa kecewa ditentang sebelum dibincang

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed melahirkan rasa kecewa dengan segelintir pemimpin PAS yang menentang kerajaan perpaduan sebelum perkara itu dibincangkan.

Beliau berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan untuk dibincangkan dan dengan itu adalah tidak wajar bagi pemimpin PAS termasuk Mursyidul Am parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentangnya.

Pada peringkat ini belum ada pertemuan secara rasmi antara Umno dan PAS berhubung cadangan itu, katanya dan menegaskan tiada salahnya keduadua parti mengadakan perbincangan demi kepentingan bersama.

"Kami amat kecewa (dengan tindakan) beberapa anggota (dan pemimpin) PAS. Apa salahnya duduk semeja dan membincangkan cadangan itu," kata Mustapa kepada pemberita semasa ditanya mengenai bantahan pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin PAS terhadap pembentukan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar PAS Ke-55 baru-baru ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum itu merasmikan sukan antara agensi kementerian itu di Stadium Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu PAS melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri juga berkata, Umno mahukan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan disegerakan. BERNAMA

Sumber : www.mstar.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito