Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Jun 15, 2009

Inikah kerajaan perpaduan yang dimahukan PAS

Inikah yang diperjuangkan oleh pro muzakarah atau lebih dikenali dengan team kerajaan perpaduan di dalam PAS.

Nizar Dihalau Dari Parlimen, Selepas Angkat Sumpah

Ahli Parlimen Bukit Gantang Mohammad Nizar Jamaluddin dan empat Ahli Parlimen lain diarah keluar dari Dewan Rakyat sebaik sahaja Nizar mengangkat sumpah pagi tadi.

Speaker Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu selepas Nizar melaungkan "Hidup Rakyat" setelah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak tepat jam 10.00 pagi tadi.

Selain Nizar, empat Ahli Parlimen iaitu N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Koo Ham (DAP-Pantai Remis), dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) juga diarahkan keluar.

“Kesalahan” mereka berlima, menurut Pandikar, adalah kerana memakai lilit kepala ‘Bubar DUN’ Perak di dalam Dewan.

Pemakaian lilit kepala dan tangan menuntut DUN Perak dibubarkan adalah sebahagian daripada kempen wakil Pakatan Rakyat dalam usaha memulihkan demokrasi di Perak Darul Ridzuan.

Perak diheret dalam krisis perlembagaan paling buruk dalam sejarah negeri itu setelah Perdana Menteri Najib Razak dikatakan mendalangi rampasan kuasa bagi menggulingkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Nizar.

Najib turut berada di dalam Parlimen pagi ini apabila Nizar diusir.

“Bagaimana kita boleh bersidang di dalam Parlimen, sedangkan berlaku kezaliman dan kekejaman di DUN Perak, dimana Speaker yang sah dihalau keluar oleh polis diatas arahan Speaker haram,” Nizar memberitahu sidang media di luar Dewan.

Beliau merujuk kepada insiden dimana polis mengheret keluar Speaker Perak V. Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri dan mengurung beliau di dalam sebuah bilik pada bulan lalu.

Polis bertindak demikian di bawah telunjuk BN bagi membolehkan parti itu menabalkan N Ganesan dari MIC sebagai Speaker baru, sungguhpun beliau bukan seorang wakil rakyat atau melalui proses pengundian telus di dalam DUN Perak.

Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad berkata tindakan Speaker Parlimen menghalau Nizar dan rakan-rakan lain adalah keterlaluan.

“Tindakan kami tidak menyalahi mana-mana aturan Dewan Rakyat. Tidak ada aturan khusus yang melarang pemakaian lilit kepala. Kami meminta Speaker supaya tunjukkan dimana kesalahan kami,” kata Khalid.

Di luar Dewan, anggota-anggota keselamatan Parlimen dikerah bertindak keras dan mengarahkan semua tetamu menanggalkan lilitan kepala ‘Bubar DUN’.

Keselamatan di Parlimen amat ketat hari ini dengan tetamu dan Ahli Parlimen perlu melalui beberapa kolum keselamatan dari susur masuk ke Parlimen menuju Pintu Utama bangunan itu.

Persidangan dua minggu Dewan Rakyat bermula hari ini.

Sumber:tvantara.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito