Kononnya dahulu umno adalah sebuah parti wadah perjuangan orang melayu, tetapi muktahir ini menunjukkan prestasi umno semakin merudum, ibarat orang tua yang sarat dengan penyakit menunggu masa untuk ditalkinkan.
kesempatan sisa-sisa kuasa yang masih ada, umno menggunakan saluran medianya, utusan meloya memprovokasi orang melayu dengan isu-isu komunis dan chin peng.
Dasar pecah dan perintah ala British menjajah tanah melayu masih menjadi pilihan umno untuk mengekalkan kuasa. Dunia melalui perubahan iklim politik yang jauh berbeza, arus perubahan itu juga memecahkan tradisi presiden di amerika syarikat yang menyaksikan Barak Obama menjadi Presidennya.
Umno yang dikenali parti elit orang-orang melayu cuma....sedangkan orang melayu lain masih lagi ketinggalan. Puncanya mudah, kerana sifat dan sikap tamak kuasa,berajakan wang ringgit, kroni dan korupsi yang terang-terang berlaku di dalam umno itu sendiri.
Mengamalkan parti berasaskan satu-satu kaum sahaja sedangkan dunia sedang bergerak pantas ke hadapan. Pakatan rakyat yang terdiri daripada 3 parti utama iaitu PKR,PAS dan DAP mengamalkan parti berbilang kaum terus maju dan meluncur ke hadapan selaras dengan keadaan semasa.
Politik sempit yang diamalkan umno akan menyebabkan parti zaman dinosour ini mungkin sudah sampai masa luputnya. Umno masih lagi dengan cara purbanya yang penuh dengan mainan dan lakonan atas dasar bangsa.
Kepentingan kaum harus dijaga mengikut kompasisi, orang melayu sebagai kompasisi yang paling ramai harus dijaga. Orang melayu di desa, di bandar dan di felda akan diutamakan disamping kepentingan kaum lain tidak diabaikan ibarat 'Hati gajah sama dilapah, Hati nyamuk sama dicicah'.
Pada rakyat yang perlu adalah perlaksanaan dan bukan ungkapan retorik yang cuma indah khabar dari rupa. Penolakan rakyat pada UBN kerana rakyat sudah bosan dengan agenda dan tipu muslihat mereka.
Media lidah bercabang UBN dalam agenda mereka cuma akan merosakkan dan memporak-peranda perpaduan dan keharmonian antara kaum yang selama ini terjalin.
Kita dalam pakatan diharap tidak terjerat dan termakan umpan racun yang sedang ditaburkan ini. Waspada dan hati-hatilah selalu. Wallahu'alam.

Untuk link berita,sila klik sini.
Hebat blog anak muda...
BalasPadam