Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Jun 17, 2009

"TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA, BURUK PADAHNYA"


Kenyataan Tok Guru Nik Aziz tepat lagi jitu dan maka pada sesiapa yang berkenaan terutama Timbalan Presiden PAS yang menyambut baik cadangan Presiden UMNO ini perlulah keluar dari PAS dan meletak jawatan sebagai ahli parlimen di Bachok.

Dan jika berasakan nasihat Mursyidul Am PAS itu tidak dapat dipatuhi maka berhentilah berbincang mengenai kerajaan perpaduan.

Inilah kali pertama Tok Guru marah sungguh dengan kepimpinan PAS baru yang dilantik. Manalah tak marah....suruh pemuda pakatan tutup mulut...tup tup ada pulak hamba Allah yang sengal atau tak faham bahasa, mengeluarkan kenyataan yang mungkin menyinggung perasaan tok guru dan kepimpinan tertinggi di dalam pakatan rakyat.

Beginilah manusia....dulu bila bertanding kalah selalu....dengan izin PAS Kelantan, diberikan kerusi selamat di Bachok melawan Awang Adek. Mula-mula nampak bersemangat dengan Pakatan Rakyat tapi sekarang mahu membelot dan membelakangi nasihat Mursyidul Am PAS.

Apabila isu ini dibangkitkan...ada yang tak puas hati tapi kalau tak diselesaikan sekarang masalah yang kecil akan menjadi besar. Kalau sudah rasa diri itu kuat sangat...keluar dan tinggalkan pakatan rakyat.

Tak dinafikan PR masih muda tetapi masih lagi suci ibarat bayi yang dilahirkan berusia setahun dua, tetapi UMNO parti tua, umur sudah lebih 50 tahun tetapi perangai tetap sama, maka bagaimanakah caranya untuk berpadu dengan parti tua yang sudah mamai dan nyanyuk diusianya.

Tok Guru sudah lama berjuang maka asam garam dan tipu helah UMNO sudah boleh dibacanya.
Ibarat kita benci kan komunis kerana kezaliman kan keganasannya, begitu jugalah UMNO.

Pesanan cuma satu, 'JANGAN MENYESAL KEMUDIAN HARI SUDAHLAH'.

Cuba renung-renungkan nasib pemimpin dari PKR dan PAS yang melompat ke UMNO.
Apa jadi pada mereka sekarang, tak lebih seperti anjing kurap yang menagih simpati di tepi jalan.

"TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA, BURUK PADAHNYA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito