Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, April 24, 2010

Terkini....Hantu Mula Masuki Hulu Selangor

Kurang dua puluh empat jam daripada proses pembuangan undi, pengundi hantu mula dikesan di Hulu Selangor, sejumlah 35 buah bas akan memasuki Hulu Selangor.

Menurut sumber yang dipercayai, bas-bas ini dibiayai oleh Noh Omar dengan bayaran RM1000 sebuah bas.

Mereka ini akan menyamar sebagai petugas pilihanraya yang konon daripada Umno seluruh Selangor.

Dan Terkini, Jabatan Pendaftaran Negara dipercayai sedang mengagih-agihkan kad pengenalan di Bukit Beruntung.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin bergegas ke sana bersama skuad AMK untuk menyiasat perkara tersebut.

Shamsul juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung isu ini.

3 ulasan:

  1. bukti mana bukti? setakat guna perkataan 'dipercayai' boleh la...

    -bakal pengundi BN di Hulu Selangor

    BalasPadam
  2. bukti apa lagi dut dah memang dasar umno begitu.....

    BalasPadam
  3. sedih...sedih makku org asal sg choh..dinafikan hak pemilihannya..check spr...no rekod...dah mati!!! segar bugar dia dirumah..ada hantu lah yg nak replace tu....

    BalasPadam

Orang kito