Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, April 24, 2010

Jet Tanpa Enjin RM45 Juta Sebuah, Yang Ada Enjin RM20 Juta

KUALA LUMPUR 23 Apr - Ahli Parlimen Pokok Sena,  Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan keputusan Kementerian Pertahanan membeli pesawat latihan jet pejuang tanpa enjin dengan harga RM45 juta sebuah sedangkan tentera udara di salah sebuah negara Afrika membeli pesawat yang sama dengan enjin dengan harga cuma RM20 juta.

"Baru-baru ini, Kementerian Pertahanan menurut Timbalan Menterinya telah mengesahkan membeli lapan pesawat  Aermacchi MB339C dari Itali dengan harga RM360 juta.

"Pesawat tersebut yang dibeli kerajaan ini adalah tanpa enjin, sebelum ini kita digemparkan dengan kehilangan enjin pesawat tapi hari ini kerajaan pula membeli pesawat tanpa enjin daripada Itali dengan harga RM45 juta sebuah," kata Mahfuz. 

Menurut Mahfuz lagi, apa yang meragukan apabila tentera udara Eritrea telah membeli pesawat yang sama dengan harga yang jauh lebih rendah dan yang memeranjatkan lagi, pesawat yang dibeli mempunyai enjin.

"Oleh sebab itu, saya minta siasatan dibuat oleh pihak berkuasa dan suruhanjaya khas ditubuhkan bagi menyiasat perolehan-perolehan yang dibuat dalam sektor dan industri pertahanan dalam negara kita kerana jika kita lihat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak boleh diharapkan untuk melakukan siasatan dengan tulus dan jujur," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga meminta kerajaan mendedahkan kos penyelenggaraan enjin lama yang difahamkan telah dihantar ke Roll Royce United Kingdom untuk dipasang pada pesawat latihan tanpa enjin yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan.

Malaysia sebelum ini menggunakan satu lagi pesawat iaitu Aermacchi MB339AM untuk kegunaan latihan bagi pemandu jet pejuang. 

Pesawat tersebut menggunakan teknologi 50-an buatan United Kingdom dan telah diguna sejak 30 tahun lalu.

Bagaimanapun ianya sudah tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan tersebut, namun enjinnya akan digunakan untuk pesawat Aermacchi MB339C yang dibeli tanpa enjin.

Sumber: Searakeadilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito