Kawan-kawan dan sahabat handai....

Ahad, April 18, 2010

Pakatan Rakyat Terus Mara Walau Ditimpa Ketidakadilan

HULU SELANGOR 17 APR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution optimis Pakatan Rakyat mampu mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor walaupun banyak ketidakadilan ditimpakan kepada gagasan ini

Baik isu kekerasan polis mahupun sikap berat sebelah suruhanjaya pilihan raya (SPR), beliau menyatakan pimpinan Pakatan rakyat sudah lali dengan suasana sedemikian tetapi tetap mencapai kemenangan.

Biarpun dihimpit dengan pelbagai tekanan dan ketidakadilan setiap kali pilihan raya berlangsung, Pakatan rakyat sedia berdepan dan menyahut cabaran itu kerana ini bukan pertama kali Pakatan Rakyat diuji sedemikian.

"Kata orang Kedah, kita sudah mangli dengan ketidakadilan. Ketidakadilan ini bukan perkara baru tetapi perkara yang berulang kali berlaku," katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Antara ketidakadilan yang berlaku pada hari penamaan calon kali ini ialah tindakan keras polis terhadap pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat, namun ia bukan sesuatu yang membimbangkan Saifudin.

Antara ketidakadilan itu ialah kekerasan polis terhadap pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin, selain kawalan ketat terhadap pimpinan Pakatan Rakyat yang diperiksa pas sedangkan BN sebaliknya.

Malah, Ahli Parlimen Machang itu yakin provokasi sebegini langsung tidak menjejaskan fokus pimpinan terhadap kempen pilihan raya kecil parlimen hulu Selangor.

"Kita bertuah kerana kaya pengalaman berdepan dengan ketidakadilan segelintir polis. Ketidakadilan ini turut berlaku dalam proses penamaan calon kali ini, turut melibatkan SPR," katanya.

Berikutan rentetan ketidakadilan berterusan itu, Saifudin membuat kesimpulan begini: "Ketidakadilan sudah menjadi darah daging mereka".

Sumber : TV Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito