Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, April 24, 2010

Said Zahari: Anwar Musuh Utama UMNO dan Perdana Menteri

Kerajaan UMNO-BN pimpinan  Najib Tun Razak akan menggunakan apa jua ruang yang ada untuk "menyerang" keperibadian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau adalah musuh  politik utama UMNO dan Perdana menteri .  

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari berkata, Umno tidak akan melepaskan peluang menggunakan seluruh kekuatan media dan institusi kawalannya untuk memburukan Anwar.  

Malah UMNO menggunakan pilihanraya Hulu Selangor bukan untuk menangani isu-isu setempat tetapi untuk mencantas Anwar dalam apa cara sekali pun.  

Anwar menjadi sasaran poster-poster dan risalah yang mengaibkan di pilihanraya kecil Hulu Selangor.  

Hari ini Utusan Malaysia milik Umno melabelkan Anwar sebagai boneka Israel pula selepas beliau mendedahkan kerajaan UMNO-BN mengupah syarikat Zionis Apco serta polis menggunakan khidmat pakar-pakar Zionis untuk merombak sistem keselamatannya.  

Akibat pendedahan itu yang dibuat lemgkap dengan dokumen, Umno membawa usul supaya Parlimen mengenakan tindakan displin terhadap Anwar.   

Beliau boleh digantung dari Dewan Rakyat susulan daripada usul yang di bawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz.   

" Musuh politik yang pertama kepada pemerintahan Najib sekarang ini ialah Anwar. Biapun PKR sekarang ini menghadap macam-macam isu, dia punya MP cabut, letak jawatan, lompat dan sebagainya, tapi Anwar merupakan ahli politik nombor satu kepada pentadbiran Najib sekarang" kata Said.

"Pada pandangan saya, Barisan Nasional sekarang mencari apa juga alasan untuk memburu Anwar dan ini masanya untuk mereka kerana sekarang sedang berjalan kempen pilihanraya kecil" tambah beliau lagi. 

Said, berkata usaha berterusan UMNO dan Najib membunuh kredibiliti Anwar berpaksi kepada keinginan UMNO untuk terus berpaut kepada kuasa.  

" Apa yang saya lihatlah, memang mereka punya target ialah Anwar sebab kerajaan sekarang, Najib melihat musuh politik yang besar kepada pemerintah kepada pentadbiran Najib ialah Anwar. Jadi apa-apa juga isu yang boleh mencemarkan Anwar sekarang ini, apa lagi kalau boleh menjatuhkan Anwar, mereka akan gunakan" tambahnya lagi. 

Said berkata pengundi di Hulu Selangor tidak harus terperangkap dengan taktik umno menyerang anwar bagi  menutup kegagalan parti itu untuk menunaikan janji-janji membangunkan kawasan itu  

"Isu-isu setempat mereka tidak besar-besarkan, pembangunan di kawasan setempat, di konstitusi itu mereka tidak timbulkan. Tetapi timbulkan isu yang seperti ini, apa ertinya?

"Mereka menggunakan tempoh berkempen ini untuk kepentingan politik mereka, parti besar menentang Anwar. Sebab isu-isu dan pada masa-masa lain, susah hendak digunakan untuk menentang Anwar"  ulas beliau lagi.

Sumber: TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito