HULU SELANGOR 20 APR: Pakatan Rakyat kini tampil menyediakan khidmat guaman untuk peneroka Felda menyaman agensi itu sebanyak RM24 juta kerana membayar harga di bawah pasaran untuk hasil sawit mereka bagi sekian lama.
Setakat ini, peneroka Felda dari Johor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mengemukan saman itu di Mahkamah Tinggi negeri-negeri berkenaan. Peneroka di negeri-negeri lain akan menyusul dengan saman yang sama dalam tempoh terdekat.
Kesemua mereka mendakwa pengilang Felda menindas peneroka kerana enggan mengikut harga pasaran dan KPG (Kadar Perahan Gred) yang di tetapkan sehingga mendatangkan kerugian sekitar RM150 hingga RM250 setiap bulan bagi setiap gred kepada peneroka.
Dengan purata pendapatan mereka hanya RM1,500 sebulan, kerugian itu memberi kesan besar kepada sara hidup peneroka Felda yang sering dirujuk sebagai talian hayat Umno untuk meraih undi pada setiap pilihanraya.
Pengerusi Biro Felda Parti KEADILAN Rakyat, Suhaimi Said mendesak Felda supaya akur terhadap penindasan yang dilakukan dan bersedia menghadapi kebangkitan peneroka untuk menuntut hak mereka.
"Saya nak ingatkan Umno-Barisan Nasional yang memimpin Felda selain menjadikan Felda sebagai talian hayat mereka agar sedar dan bersedia dengan kebangkitan peneroka yang telah mengetahui tindakan Felda menindas dan menipu golongan peneroka selain memerah keringat mereta tanpa membayar bayaran yang setimpal.
"Jangan selamanya ingat peneroka bodoh dan kes ini membuktikan apa yang diperjuangkan selama ini oleh mereka adalah benar dan terbukti wujud penyelewengan di dalam pengurusan Felda," katanya.
Beliau menjelaskan KPG yang ditetapkan oleh Felda adalah dalam lingkungan tujuh belas peratus hingga sembilan belas peratus sahaja, tetapi setelah penilaian dibuat oleh peneroka Serting Negeri Sembilan di Pusat Penyelidikkan Pertanian Tun Razak (PPPTK) mendapati KPG boleh meningkat sehingga dua puluh enam peratus.
"Felda telah menipu peneroka melalui KPG kerana standard perahan yang telah ditetapkan oleh Felda adalah dalam lingkungan tujuh belas peratus hingga sembilan belas peratus sahaja tetapi peneroka dari Serting Negeri Sembilan yang membawa buah sawit ke Pusat Penyelidikkan Pertanian Tun Razak di Jerantut Pahang mendapati perahan boleh meningkat sehingga 26 peratus.
"Di sinilah Felda "menyedut" duit peneroka secara senyap, setiap peratus itu menpunyai nilainya tersendiri, biasanya dalam lingkungan RM20 hingga RM40. Jadi perbezaan antara 26 peratus dengan 19 peratus adalah sebanyak enam peratus. Jika harga setiap peratus adalah RM40 maka kerajaan mengambil duit peneroka sebanyak RM240 untuk setiap tan.
"Inilah kerja Umno yang menggunakan Felda untuk kepentingan mereka, bila kerajaan tidak mempunyai duit maka Felda dipergunakan. Penipuan Felda ini tekah menimbulkan kemarahan peneroka dan kita telah menyiapkan segala dokumen bagi mambawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi menuntut Felda membayar balik perbezaan harga tersebut,"jelasnya.
"Setelah melihat kejayaan peneroka Felda Kemahang menyaman Felda maka tiga negeri seprti Johor, Negeri Sembila dan Pahang akan memulakan saman mereka dalam masa yang terdekat. Setelah peneroka Felda diseluruh Negara pula akan mengemukakan saman mereka. Felda perlu menyediakan jumlah kewangan yang besar untuk membayar tuntutan mereka.
"Peguam yang akan mengetuai kes ini adalah Sivarasa Rasiah yang juga merupakan Ahli Parlimen Subang, beliau akan dibantu oleh tiga orang peguam bagi setiap negeri," sambungnya lagi sewaktu ditemui semasa program ceramah di felda Gedansa.
Pada 2002, 354 peneroka Felda Kemahang menyaman Felda dan menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 sebagai ganti rugi am berhubung pembayaran bagi buah kelapa sawit yang didakwa peneroka berkenaan telah dibayar pada harga kualiti lebih rendah oleh agensi itu dari 1996 hingga 2002. Ini mengakibatkan mereka menanggung kerugian. Nilai ganti rugi meningkat kepada RM 11 juta.
Pada 19 Februari 2010, Mahkamah Agung memerintahkan Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka berkenaan.
Kemenangan 354 peneroka Felda Kemahang 3, Tanah Merah dalam saman terhadap Felda Palm Industries Sdn. Bhd. adalah kejayaan besar dan titik permulaan kepada seluruh warga peneroka Felda memperjuangkan hak mereka.
SUmber: Suarakeadilan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan