Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Oktober 01, 2009

Pulak dah...ngok betul lah!!!


Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan sampul surat untuk undi pos selepas memberi taklimat kepada
Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus dan petugas SPR di Port Dickson, semalam


--------------------------------------------------------------------------------

PORT DICKSON 30 Sept. – Mana-mana parti yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang dilarang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak tegas terhadap mana-mana parti yang berbuat demikian.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.

“Kita mahu parti yang tidak bertanding, janganlah menyusahkan SPR dan pihak keselamatan.
“Jangan cuba melanggar undang-undang kerana parti yang tidak bertanding ini tidak membayar deposit bahan kempen serta pilihan raya. Jadi mengapa mereka hendak menumpang,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus dan petugas SPR di sini hari ini.


Selagi boleh diubah akan diubah...tak tahulah lepas apa lagi??? macam ni lah kalau orang-orang bongok kalau pegang kuasa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito