Pemimpin PBRS Dipinggirkan Dalam Pelantikan Jawatan, Dakwa Kurup
KOTA KINABALU, 28 Sept (Bernama) -- Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup mendakwa terdapat pemimpin parti itu dipinggirkan dalam pelantikan jawatan anggota majlis daerah.
Beliau berkata tindakan itu memperlihatkan seolah-olah PBRS dilayan seperti parti pembangkang dan bukan satu daripada komponen parti Barisan Nasional (BN).
"Dalam pelantikan anggota majlis daerah, kita dimaklumkan bahawa adakalanya pemimpin PBRS dipinggirkan...perkara ini sepatutnya tidak berlalu.
"Sepatutnya semua anggota parti komponen Barisan Nasional mengamalkan konsep 1BN melalui layanan sama rata termasuk pelantikan jawatan kerajaan peringkat akar umbi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pengurusan parti di sini ,Isnin.
Seminar sehari itu, antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai perlembagaan baru parti dan penjelasan mengenai konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kurup turut memberi contoh pemilihan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menyaksikan kemenangan seorang pengerusi JKKK di kalangan anggota PBRS tidak diiktiraf.
Sehubungan itu, Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berharap anggota parti komponen BN benar-benar mempraktikkan prinsip perkongsian kuasa dan sedia berkompromi demi memelihara keutuhan parti dan perpaduan.
"Sebab itu, kita mahu memberi kesedaran kepada ahli kita di mana kita seharusnya bertoleransi berkaitan dengan keperluan parti ini dan meningkatkan persefahaman dengan ahli parti dalam BN.
"Ia sangat diperlukan kerana kalau tiada persafahaman...mungkin berlaku perselisihan. Oleh kerana ada perasaan tidak bagus, kita tidak dapat elakkan terdapat kemungkinan besar berlaku sabotaj dalam pilihan raya," katanya.
Kurup berkata sikap tolak ansur dan hormati menghormati adalah penting bagi mengukuhkan kekuatan BN terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
--BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan