Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, September 29, 2009

Penangan Bagan Pinang..kali ini askar pula dibodek


Port Dickson diisytihar Bandar Tentera Darat

PORT DICKSON 29 Sept. — Port Dickson hari ini diisytihar sebagai Bandar Tentera Darat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membuat pengumuman itu di sini berkata, langkah itu bagi mengiktiraf jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Darat yang banyak melahirkan rekrut baru di bandar itu.

“Kerajaan akan melaksanakan beberapa projek untuk memberi makna dan pengertian kepada penisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat,” katanya pada majlis sambutan Aidilfitri Tentera Darat di Dataran Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima ATM Tan Sri Azizan Ariffin dan 2,000 pegawai dan anggota tentera.

Najib berkata pengiktirafan itu amat membanggakan tetapi beliau tidak mahu ia tinggal sebagai satu sebutan sahaja malah mahu pihak bertanggungjawab melakukan sesuatu supaya ia diabadikan.

- BERNAMA

Alahai baru sekarang nak isytihar.....tanda tiada keiklhasan terhadap pergorbanan dan kesetiaan askar melayu di Port Dickson.

Tapi kenapa baru sekarang....tak payah tanya semua orang tahu dengan niat busuk umno BN....menghina kewibawaan askar kita sahaja puak-puak umnongok ni....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito