Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, September 30, 2009

1Malaysia.Pencapaian diutamakan...hampeh


Pesawat Air Asia, AK5052 dari Pulau Pinang ke Hong Kong jam 6 pagi 28 September lalu terpaksa ditunda kerana ketiadaan pegawai Immigresen yang bertugas dipintu keluar ke balai perlepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Kesemua 99 orang penumpang dan 6 orang anak kapal tersebut tidak berjaya menaiki pesawat tepat pada masanya. Ini memaksa pesawat penerbangan terus ke Hong Kong itu ditunda sehingga jam 6.31pagi.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang beroperasi 24 jam sehari. Tetapi, pegawai Immigresen mula membuka kaunter pada pukul 5.45 pagi, iaitu 15 minit sebelum pesawat tersebut dijadualkan berlepas.

Suasana menjadi bertambah kelam-kabut apabila penumpang untuk pesawat seterusnya, Cathay Pasific juga turut sama beratur di Immigresen. Ini menyebabkan, kira-kira 200 orang penumpang dan anak kapal beratur panjang untuk menaiki pesawat masing-masing.

Kejadian ini telah menimbulkan perasaan marah dan tidak puas hati dikalangan penumpang. Malah ada beberapa penumpang warganegara asing menjerit-jerit memarahi pegawai Immigrasen kerana sikap dan kerja mereka tidak mengikut standard piawaian antarabangsa walaupun bertugas di sebuah lapangan terbang anntarabangsa.

Malah, ada penumpang-penumpang mengadu bahawa ada pegawai-pegawai Immigrasen yang bertugas pada hari itu tidak mesra pelanggan.

Perkara ini sudah tentu menjejaskan imej negara, tambahan pula Pulau Pinang adalah antara destinasi popular bagi pelancong-pelancong dari Hong Kong dan Asia Timur.

Menteri KPI yang tinggal tidak jauh dari lapangan terbang ini perlu mengambil serius perkara ini dan pegawai-pegawai Jabatan Immigresen Pulau Pinang harus bertanggungjawap penuh didalam hal ini. Tambahan pula, perkara ini bukanlah kali pertama berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Walaupun tiada penerbangan kommersial antarabangsa selepas tengah malam di lapangan terbang tersebut, tetapi masih ada pesawat cargo yang tiba di lapangan terbang ini pada jam 4 pagi.

Jadi, di sini timbul satu lagi soalan iaitu, bagaimana pula petugas bukan warganegara Malaysia dari penerbangan kargo itu hendak memasuki negara ini jikalau Immigrasen mula beroperasi pada jam 5.45 pagi?

Menteri Dalam Negeri juga harus memainkan peranannya agar promosi pelancongan Malaysia tidak terbantut akibat tindakan tidak profesional kakitangannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito