JAKARTA 1 Okt. – Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan satu lagi gempa bumi kuat menggegarkan Sumatera, barat Indonesia.
Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter itu berlaku pada 8.52 pagi ini (9.52 pagi waktu Malaysia), kira-kira 280 kilometer dari pusat gempa bumi semalam.
Belum ada laporan mengenai kerosakan akibat gempa bumi terbaru itu. – AP
Johor Bahru turut rasai gegaran gempa
JOHOR BAHRU 1 Okt. - Orang ramai yang bertugas di beberapa bangunan tinggi di sekitar bandar raya ini bergegas turun menyelamatkan diri apabila gegaran turut dirasai akibat gempa bumi kuat di Sumatera, barat Indonesia pagi ini.
Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter itu berlaku pada 8.52 pagi ini (9.52 pagi waktu Malaysia).
Jabatan Bomba dan Penyelamat Larkin mengesahkan menerima lebih 15 laporan mengenai kawasan yang turut terjejas akibat gempa bumi itu sejak pukul 9.57 pagi.
Antara kawasan yang mengalami gegaran di sini termasuk Hotel Selesa, Wisma Landmark, Menara Public, Komtar, Menara Ansar, Bangunan KUmpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Plaza Pelangi dan Jalan Abdullah Tahir di sini.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Utusan

assalamualaikum...
BalasPadamsaye ni blogger muda yg baru...
kalau boleh, senaraikanlah blog saye dlm senarai pautan blog saudara supaya blog saya lebih komersal......
saya tidak memaksa...
takbirr...
salam reformasi..
salam perjuangan...
salam pakatan...
demokrasi93.blogspot.com
insyaallah. pautkan sekali blog saya dlm blog tuan.
BalasPadam