Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Oktober 01, 2009

Antara F1 Pakatan dan F1 BN...

F1 PAKATAN RAKYAT


F1 UMNO/BN
N




Bagan Pinang: Ahli DAP seluruh negara akan bantu PAS
Harakahdaily

TELUK KEMANG, 1 Okt: Semua petugas DAP akan bertumpu kepada Pusat Penyelaras DAP yang dilancarkan di Batu 9 Jalan Teluk Kemang di sini kelmarin.

Pengerusi DAP negeri Terengganu, Ng Chai Hing berkata pusat tersebut akan menjadi penyelarasan semua gerakerja kempen DAP bersama Pakatan Rakyat.

"Ia akan jadi pusat penyelaras bagi pilihanraya kecil bagan Pinang,

"Ahli DAP seluruh negara akan bertumpu ke kawasan ini,�katanya ketika dipetik sebuah laman online selepas majlis pelancaran pusat tersebut.

Menurutnya, PRK Bagan Pinang merupakan satu pilihan raya yang sengit yang memerlukan semua petugas Pakatan Rakyat bekerja keras untuk mencapai kemenangan.

Katanya, DAP Terengganu akan menurunkan 10 orang petugas yang akan membantu kempen pilihanraya tesebut selepas penamaan calon.

Menurutnya jentera DAP telah turun padang menemui pengundi bersama-sama jentera Pakatan Rakyat dari PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Selepas kematian bekas wakil rakyat (BN) aktiviti untuk menggerakkan jentera telah dilakukan termasuk aktiviti turun padang dilakukan bersama PAS dan Keadilan.

"Kita berharap ia akan mendatangkan hasil yang baik untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang,"ujarnya. - mks._

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito