Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Oktober 01, 2009

Amaran dan waspada di bagan pinang sabtu ini...

Ikan paus muncul di Port Dickson

Sekumpulan ikan paus dilihat oleh penduduk berhampiran pantai Port Dickson, lapor dua akhbar berbahasa Cina - Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Daily.

Kehadiran ikan-ikan tersebut dipercayai yang pertama di situ yang mungkin ada kaitan dengan gempa bumi yang melanda Sumatera dan kawasan Pasifik Selatan.

Seorang saksi - yang dikenali sebagai Zamli - dipetik berkata beliau ternampak ikan paus itu ketika minum teh di gerai makan di tepi pantai itu.

Katanya, kumpulan ikan itu kelihatan berada kira-kira 1.5km dari pantai.

"Pada mulanya saya menyangka ianya hanya ikan-ikan besar, tetapi bila diamati, saya perasaannya ianya ikan paus," katanya.

Menurutnya, terdapat lebih 10 ikan paus dalam kumpulan tersebut.

"Mereka kelihatan seperti mengejar satu sama lain," katanya kepada Sin Chew, sambil menambah ini adalah kali pertama ikan paus dilihat di Port Dickson.

Manakala penduduk lain pula memberitahu Nanyang bahawa selain ikan paus, mereka juga ternampak ikan lumba-lumba dekat pantai.

Nelayan Su Ya Wah yang ketua kampung Kuala Lukut, berkata kehadiran itu ikan paus itu adalah sesuatu yang amat ganjil.

Sumber:Malaysiakini

Kalau kita masih ingat tsunami yang melanda negara yang mengorbankan nyawa rakyat, tanda-tanda seperti ini muncul dan diharap penyokong pakatan dan kedua-dua parti bertanding berada di dalam keadaan berjaga-jaga selalu...semoga kita dilindungi dengan mara bahaya....amin



Lagi fakta gempa bumi...

Gempa bumi susulan dijangka untuk beberapa hari

KUALA LUMPUR 1 Okt — Gegaran susulan dijangka akan berterusan untuk beberapa hari ekoran gempa bumi berskala 7.6 Richter yang berlaku di Padang, Sumatera barat, semalam.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang kerana kekuatan gempa bumi susulan yang berlaku hari ini dan pada beberapa hari akan datang dijangkakan semakin lemah, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).

JMM berkata sejak semalam, lapan gegaran susulan direkodkan berskala 4.5 hingga 6.8 Richter.

Satu daripadanya sekuat 6.8 skala Richter turut dirasai di Semenanjung pada pukul 9.53 pagi hari ini iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“JMM akan sentiasa memantau dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kejadian gempa bumi kuat yang berlaku serta mengeluarkan amaran sekiranya berlaku ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya.

JMM berkata gempa bumi yang menyebabkan ramai terkorban dan kemusnahan yang teruk di Padang telah menyebabkan tsunami kecil setinggi 0.27m sekitar Padang dan tidak mengancam Malaysia.

Ramai lari keluar dari bangunan tinggi di beberapa tempat di pantai barat Semenanjung apabila gegaran turut dirasai petang semalam.

— BERNAMA

1 ulasan:

Orang kito