Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Januari 18, 2010

Che Det pecah lubang lagi...pasir untuk singapura, angkara siapa?


terjemahan dari blog Che det....

1.Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu, setiap hari 500 lori membawa pasir dari Johor ke Singapura. Kawan saya pula memberitahu bukan 500 tetapi 700 lori setiap hari. Tentunya banyak jumlah pasir tersebut.

2.Saya ingatkan kita sudah menghentikan penjualan pasir negara kita ke Singapura. kawan saya katakan pasir itu bukan pasir tetapi ianya pasir silika.

3.Singapura memerlukan untuk membuat mikrocip. Saya tidak tahu berapa jumlah pasir digunakan untuk mikrocip yang sekecil itu. Semesti banyak jumlahnya jika setiap hari mereka memerlukan sebanyak 700 lori setiap hari.

4.Menjual bahan mentah tentu kurang untungnya.Kan lebih baik ditambah nilai dengan memproses bahan mentah tersebut.

5.Rasanya tentu tidak susah memproses silika dari pasir silika. Kilang kaca memang membuatnya. Malaysia juga mempunyai kilang kacanya sendiri. Kenapa kita sendiri tidak membuat 'silicon wafer' dan kemudian menjualnya ke Singapura?

6.Saya rasa ada seseorang tidak memberitahu perkara yang betul.....


sumber:chedet

2 ulasan:

  1. tidak susah memproses silica dari pasir silika? che det ni tau ka apa dia cakap ni? kilang kaca tu lower grade punya silica sand la che det ooii! tapi seriously memang ada kilang process high grade silica ni di malaysia. kilang jepun utk market ke semiconductor industries.

    BalasPadam
  2. ek elh mamat ni masa kau jadi pm nape tak bawak pelabur luar buka kilang microchip atau silicon wafer kat malaysia? yg ada kat kuching pun dah tutup.

    BalasPadam

Orang kito