Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Januari 19, 2010

Bukti buaya wujud di tanjung tuan, Port Dickson






Kawan aku terus dibawa ke klinik (tidak ke hospital port dickson kerana gak jauh dan kakinya mengalami pendarahan teruk) selepas itu kawan aku terus dibawa balik Hospital Melaka. Di hospital Melaka beliau dimasukkan ke ICU. Sekarang keadaan kaki beliau agak serius kerana urat kaki byk yg putus dan jari2nya tidak dapat digerakkan. Persoalannya disini...macamana buaya boleh ada ditepi pantai, kalau seorang dewasa boleh ditarik kelaut, apa cerita pulak kalau budak2?? bila aku dapat tau cerita ini..hati jadi kecut untuk mandi manda di pantai port dickson.. Ada sesiapa lagi yg tahu cerita ini? Dengarnya perkara BUAYA bukan perkara baru di pantai Port Dickson..kenapa perkara2 ini perlu disembunyikan?


Ini pula berita penafian MB Negeri Sembilan yang boleh membahayakan nyawa pengunjung

Tiada buaya di Port Dickson

SEREMBAN: Kerajaan negeri menyelar segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang suka menyebarkan berita tidak benar kononnya ada buaya di pantai peranginan Port Dickson dekat sini, sedangkan tiada bukti menunjukkan reptilia itu berada di perairan berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pihaknya menafikan berita itu kerana sehingga kini belum ada individu yang nampak atau terkena gigitan buaya atau ikan besar seperti jerung atau yu di kawasan pantai peranginan itu.


Beliau berkata, berita yang disebarkan itu adalah palsu yang untuk kepentingan kumpulan tertentu bagi menghalang orang ramai berkunjung ke Port Dickson yang kini menjadi antara destinasi pelancongan terkemuka di negara ini.

“Pakar Jabatan Perhilitan sudah mengesahkan tiada buaya atau ikan besar seperti jerung atau yu di kawasan perairan Port Dickson dan setakat ini belum ada laporan mengenai ada individu yang menjadi mangsa gigitan ikan besar atau buaya.

“Saya berharap orang ramai tidak bimbang dan mudah percaya mengenai berita palsu itu. Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak berdiam diri sebaliknya siasatan masih terus dijalankan bagi mengenal pasti kesahihannya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai penyebaran berita termasuk melalui Internet bahawa terdapat buaya di pantai Port Dickson susulan kejadian seorang pelancong dari Alor Gajah, Melaka cedera di kaki dengan mendakwa digigit buaya atau ikan besar di perairan berkenaan, baru-baru ini.

sumber: mymetro

5 ulasan:

  1. Perlu diambil perhatian serius perkara ini.Walaupun ada sesetengah pihak yang menyatakan kejadian ini bukanlah berpunca dari buaya, namun begitu itu bukan persoalanya.Ini berikutan kecederaan yg dialami oleh pengunjung dr Melaka itu boleh dikatakn di tahap serius.Sekiranya ikan juga bole memberi ancaman seperti itu adakah kita akan hanya berdiam krn ia berpunca dr ikan dan adakah kita akan bertindak sekiranya iakn tersebut bertindak seperti seekor buaya yg bole mndatangkn risiko kpd pengunjung

    BalasPadam
  2. setuju dengan comment dari iwana. buaya atau tidak bukan persoalan utama. Tapi kecederaan kaki itu begitu serius. perlu disiasat kerana memberi ancaman kepada pengunjung. Jika bukan buaya, maknanya ada haiwan lain yg merbahaya disitu

    BalasPadam
  3. memang ada buaya kat tg tuan! tengok la video tu betul2 memang sah buaya! aku pun slalu mancing kat tanjung tuan. tempat tu byk ikan & sumber makanan. tak mustahil buaya lepak kat situ. korg sume bacalah artikel atau tengok la dokumentari pasal buaya air masin.takat dia berenang dari australia ke asia memang takde hal. menatang tu memang suka travel.. hati2 mandi kat PD

    BalasPadam
  4. Betul ke tanjung tuan ada buaya saya baru plan nk mmcing dekat sana mgu dpn....sna mmg lubok ikn ke

    BalasPadam
  5. Saya pernah jumpa buaya berwarna putih atas darat ..besar sungguh .. saya ingat patung buaya atau dah mati..tetiba dia bergerak mass tu tahun 2012 kot... lepas tu pernha masuk dalam air dalam jarak 5 meter dekat pantai portdickson maybe muara ke apa entah .. tu pernah kena gigit macam buaya atau biawak.. tapi saya syak nampak kelibat anak buaya sebab mulut dia lain dari biawak .. ada luka sikit sakit

    BalasPadam

Orang kito