Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Januari 19, 2010

merampas kuasa boleh...pilihanraya tak boleh, alahai SPR


PUTRAJAYA 18 Jan. - Kerajaan-kerajaan negeri campuran parti pembangkang tiada kuasa mengisytiharkan sendiri pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing berlainan dari tarikh pembubaran Parlimen.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, Menteri Besar atau Ketua Menteri hanya memperakukannya tetapi kuasa mutlak di tangan Sultan atau Yang Dipertua Negeri sahaja.

"Katakan Selangor dan Pulau Pinang hendak mengadakan pilihan raya negeri sendiri, dalam soal ini kedua-dua negeri ini tidak boleh sewenang-wenangnya membubarkan DUN.

"Ini kerana kuasa mutlak membuat keputusan terletak pada perkenan Sultan, Raja atau Yang Dipertua Negeri, sama juga seperti berlaku di Perak tempoh hari yang mana DUN tidak boleh dibubarkan tanpa perkenan Sultan Perak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, BN negeri tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang diterajui DAP akan mengadakan pilihan raya lebih awal.

Abd. Aziz bagaimanapun berkata, setakat ini SPR belum menerima sebarang pandangan, permintaan atau cadangan rasmi daripada parti-parti pembangkang yang menguasai empat negeri berhubung ura-ura untuk menjalankan pilihan raya negeri yang berasingan daripada pilihan raya umum.

"Setakat ini kita hanya mendengar desas-desus atau spekulasi yang diuar-uarkan menerusi media mengenai kemungkinan Selangor dan Pulau Pinang mahu mengadakan sendiri pilihan raya negeri," katanya.

Menurut beliau, implikasi yang dijangkakan oleh SPR sekiranya negeri-negeri tadbiran campuran pembangkang berbuat demikian ialah kemungkinan ia mengakibatkan kesukaran untuk mengawal kelancaran proses pilihan raya.

"Ia akan menelan belanja besar, malah kemungkinan dari aspek kawalan keselamatan dan ketenteraman awam sukar dikendalikan kerana para penyokong parti-parti bertanding akan bergerak dari satu negeri ke satu negeri untuk menunjukkan kekuatan," katanya.

komen: Rampas kerajaan suka-suka tak apa, pilihanraya tak boleh. Ini undang-undang mana? zimbabwe kot

1 ulasan:

  1. takan tak tau depa ni yg ada kuasa dtgnye dari PLANET OF THE APES..BEROK le katakan...sia-sia le masa ANGKAT SUMPAH PEGANG ALQURAN LAGI DAN UCAPKAN DENGAN NAMA ALLAH S.W.T DULU BERJANJI AKAN MENJALANKAN TUGAS DENGAN AMANAH DAN TELUS...
    tapi hampehhh..tak TAKUT DENGAN ALLAH S.W.T tapi takut ngan MANUSIA..piiiirahhhh..JAWAB LE KORANG KAT KUBUR DAN PADANG MASYHAR NANTI...INSYALLAHH..

    BalasPadam

Orang kito