Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Januari 20, 2010

berita baik untuk penyokong umno/BN...COLA dan elaun rumah tidak dihapuskan cuma dipotong...


KUALA TERENGGANU – Para guru mungkin akan mengikuti jejak para cendekiawan, turun ke jalan raya bagi menuntut hak, ekoran beberapa keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) yang tidak menepati slogan yang digembar-gemburkan.

Slogan yang dipopularkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mungkin memakan ‘diri kerajaannya sendiri’ apabila gagal mengotakan kata-kata tersebut.

Menurut sumber sebuah laman forum awam internet 8 Januari lalu, seorang peserta forum itu telah memaklumkan bahawa, semua elaun kakitangan awam seperti elaun tetap khidmat awam, elaun tetap perumahan dan Elaun Sara Hidup (COLA) bermula pada Februari 2010.

Tulisan tersebut turut menambah, bukan sahaja elaun-elaun ini akan dihapuskan tapi semua gaji kakitangan awam dari semua gred akan dipotong sebanyak 35%.

Menurutnya lagi, perkara tersebut telah disahkan oleh seorang kakitangan Perbendaharan yang bertugas di Putrajaya.

Hari ini, 20 Januari, seorang guru dari sebuah sekolah menengah di daerah ini memaklumkan, keputusan kerajaan Umno/ Barisan Nasional(BN) untuk menghimpit lagi ekonomi Negara yang sudah ‘kemek’ akan menjadi realiti.

Menurutnya, bukan sahaja elaun sara hidup (Cost Of Living Allowence - COLA) akan dipotong, malah elaun perumahan para guru akan di kurangkan separuh.

”Saya akan kehilangan RM400 sebulan, elaun COLA akan dipotong sebanyak RM200 dan elaun perumahan dari RM400 sebulan akan menjadi RM200 sahaja,”ujarnya.

Katanya, perkara itu telah disahkan oleh rakan-rakan setugasnya disekolah-sekolah lain yang telah mendapat surat pekeliling dari Jabatan Pendidikan.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, pihak sekolah juga turut terbeban dengan ‘cakap tak serupa buat’ pemimpin Umno/BN apabila mengarahkan caj penggunaan air dan elektrik, ditanggung sendiri oleh pihak pentadbir sekolah.

Sebelum itu, kata beliau, pengwujudan semula yuran sekolah bagi para pelajar yang telah dihapuskan beberapa tahun lalu, telah cukup memalukan.

”Kini pelbagai beban terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah, krana banyak peruntukan yang biasa di berkian kepada pihak sekolah mula dpotong.

”sudahlah menanggung beban pelbagai masalah sosial dan disiplin murid, guru-guru disekolah kini diminta ‘menggalas’ kegagalan seorang Menteri Kewangan.”katanya dengan nada kesal.

Apabila ditanya, adakah para guru sanggup tuun ke jalanraya menuntut segala hak-hak sebagai warga pendidik dari kerajaan Umno/BN beliau menjawab; “Tunggu masa dan ketika yang sesuai!”.

sumber:buletinonline

7 ulasan:

  1. lawan cikgu jangan tak lawan...demi hak cikgu2 semua...PRU 13 KITA KAPANKAN UMNgok DAN BN...

    BalasPadam
  2. Dari sehari ke sehari UMNO ni tak sudah-sudah nak beban kan rakyat. kalau dah tahu duit dah takde gadaikanlah uniform UMNO tu, jangan lah nak potong gaji rakyat pulak.

    BalasPadam
  3. Korang ni melalak tak tentu pasal la... kita tengok je la dulu kena potong ke tidak? Kalau kena potong baru buleh melalak mcm anjing. Ini, angin takde, ribut takde korang dah melalak mcm anjing. Anjing betul la korang ni.

    BalasPadam
  4. ntah...xmalu...agak2 ckit..2 duit kerajaan..lantak dia la nk kurangkan ke..potong ke.....btw..kite mmg kerja ngn kerajaan..kalo rase xpuas hati....letak jawatan dalam kerajaan...habis cerita..nie x..DUIT KERAJAAN telan...tapi MENGUTUK KERAJAAN....mmg xtau malu!

    BalasPadam
  5. NAK POTONG COLA, POTONG JELAH....MASA MAHATHIR BG ELAUN UTK GURU SAINS DAN MATHS, MASA PAKLAH NAIK GAJI...SKRG MASA NAJIB.....TARIK BALIK KEDUANYA........KITA TUNJUKA HAK KITA SEBAGAI RAKYAT.....PADA PILIHANRAYA 2012......

    BalasPadam
  6. TAKAN KERAJAAN TAKDE DUIT KOT....PLKN TU STOP JELAH.....ITU YG HABIS DUIT BYK....HABIS KAKITANGAN KERAAJAAN KERJA FREE JELAH...TAK PAYA BERGAJI.....ANAK BRANAK NAK MAKAN APE.....DR BG DULU....BAIK TAK PAYAH BG...MENYUSAHKAN SAJE....
    WAHAI GURU2 SEKALIAN, KITA SEMUA MENGAJAR FREE JE......

    DG41 KE DG44, SERVIS HANYA 5 TAHUN, NAIK GAJI CPT..KNAPE PLAK DG29 KE DG32 TERPAKSA TUNGGU 10 TAHUN.....

    GAJI PILIS DAN TENTERA KERAP NAIK SEJAK BEBERAPA TAHUN, GAJI GURU HANYA 3 TAHUN NAIK....DAH TUNJUK BELANG DAH NAK POTONG GAJI.....BAGUS LAH KERAJAAN...TAHNIAH....

    BalasPadam
  7. Huh... Dah kuar dah kat paper bahawa cuepecs menafikan cola akan dipotong. Ingat senang ke nak potong. Biasanya kerani akan dipanggil taklimat 3 atau 4 bulan sebelum tarikh pemotongan. Aku ingat lagi zaman kemeleseten tahun 1997, macam2 anjing menyalak mengatakan gaji dan elaun akan dipotong, tp takdepun. Gaji aku tak kena potong pun. Memang anjing orang yang sebarkan berita ni. Dan yang percaya pada cerita ni tanpa usul periksa, lebih baik jadi babi la drp jadi orang... sodok je najis yang orang lemparkan... hahahahahahahahahahahaha

    BalasPadam

Orang kito