Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Januari 20, 2010

KUDETA Selangor selepas Perak..ramalan dan telahan Raja Petra tepat


SPRM tahan 34 didakwa rasuah pasir, habuan seks

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap 34 orang, termasuk 24 kakitangan kerajaan dan dua pembantu ahli politik, kerana didakwa terbabit dalam rasuah eksport pasir.

Jumlah rasuah terbabit melebihi RM280,000 dan habuan seks. Mereka ditahan di lima negeri sejak seminggu lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Menurutnya, SPRM telah menjalankan siasatan terhadap kes tersebut sejak bulan April tahun lalu selepas mendapat maklumat dari orang ramai.

Shukri berkata, kakitangan kerajaan yang ditangkap termasuk pegawai kanan dan ketua jabatan, tetapi beliau tidak menyatakan nama-nama jabatan terbabit kerana masih ada tangkapan yang akan dibuat.

Ditanya mengenai profail mereka, beliau berkata, pegawai-pegawai tertinggi mungkin terbabit tetapi enggan mendedahkan sama ada mereka merupakan ahli-ahli politik.

Shukri juga enggan mengulas apabila ditanya sama ada seorang pembantu politik yang ditahan hari ini ialah Hussein Ahmad, yang merupakan setiausaha kerja exco kerajaan Selangor, Yaakob Sapari.

Shukri juga ditanya mengenai Hussein Ahmad, setiausaha kerja exco kerajaan Selangor, Yaakob Safari yang ditahan hari ini.

"Hussein belum dibebaskan lagi kerana kita masih perlu merakamkan kenyataannya," kata Shukri.

Katanya, individu yang terbabit dalam sindiket jualan pasir masing-masing menerima RM500 hingga RM50,000, dengan sesetengahnya menerima rasuah secara bulanan. Tiga individu juga menerima habuan seks.

Shukri berkata, rasuah diberikan untuk mempercepatkan permohonan mendapatkan pasir dan tidak melaporkan perbuatan penyeludupan pasir ke negara jiran.

Menurutnya, SPRM telah merampas sejumlah RM50,000 dari individu-individu dan dokumen bagi menyokong siasatan terhadap mereka yang terbabit.

sumber:malaysiakini
Komen: Selagi ada konco dan gerombolan di dalam SUK, selagi itu mereka tidak akan senang hati, siapa yang menjatuhkan kerajaan Pakatan di Perak kalau bukan orang di dalam SUK itu sendiri...renung-renungkanlah...sebelum nasi menjadi bubur...lebih baik bertindak segera...do or die....

5 ulasan:

  1. Konco-konco ni dah tentu dapat habuan besar dari umno. Umno dah hilang pertimbangan agama, moral dan udang-undang. Mungkin petanda-petanda yang Allah nak tunjukkan kehancuran umno. Perancangan Allah maha hebat. Insyallah PRU 13.

    BalasPadam
  2. Jangan cakap sebarangan...silap haribulan boneka/baruah DAP akan hancur...ingat rakyat Selangor bodoh ke???///...PRU12 dulu nak test aje...nak tengok belah sini boleh pegang kuasa tak...rupanya sama aje...malahan lagi teruk!!!yang hebat, china dan hindu pariah...melayu jadi pencacai aje...jadi alat...tertanggal jubah dan serban!!!masyAllah//////....inilah politaik.....

    BalasPadam
  3. alahai mamat ko ingat rakyat malaysia nie bodoh ker???bape byk lg pemimpin umno tue kaki rasuah,x yah jauh2 la ketua kg,jkkkkkkk korg nie bape lame dah mkn rasuah??ade ker sprm buat siasatan?aku heran la kt selanggor ngn negeri2 pakatan jer sprm nie cpt jer dpt hidu rasuah,padahal kt negeri umnoNGOK nie sprm x tau ker?ko duk kata cina hindu ape la,sblm nie sape yer yg byk bg kekayaan kt cina2 ngn tokey2 nie?x payah buat bodoh n banggangla...umno bangsat nie yg merosakkn negara,klu ada pemimpin2 pr pn yg prangai cam umno baik msuk umno la..tue jer sbaik2nye tmpt kaki rasuah...

    BalasPadam
  4. banyak lagi kes yang tak disiasat
    1.BALKIS
    2.rumah khir toyo
    3.PKFZ
    4.YBK
    ni semua berbillion ringgit..nak tanya kes si anak toyo yang bai projek ke cina, apa cerita...
    kalau nak singkap, abis terlondeh semua nanti

    BalasPadam
  5. Kenape tak siasat AJK cawangan umno di johor yang mempunyai harta berjuta tu, bila bekas isterinya menuntut hartanya.

    BalasPadam

Orang kito