APCO worldwide, syarikat yang diupah Najib untuk menaikkan imej 1Malaysia sebelum ini memberikan perkhidmatan serupa kepada diktator dan pemimpin korup di seluruh dunia mengikut Times of India.
Akhbar berpengaruh di India juga melaporkan selain dari Najib, Perunding imej yang berpengkalan di Washington itu juga pernah memberikan perkhidmatan kepada bekas diktator Nigeria, Sani Abacha dan Presiden Kazakhstan seumur hidup, Nursultan Abishuly Nazarbayev.
Pelanggan APCO juga termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang dahulunya ketua pemuda Parti Komunis Russia yang berkait rapat dengan kumpulan mafia.
The Times India juga menyebut APCO mempunyai keupayaan untuk mengembalikan imej tokoh dan pemimpin yang tidak popular di kalangan rakyat.
The Times juga menjalankan penyiasatan terhadap APCO Worldwide setelah mengetahui Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi juga merupakan bekas pelanggan kepada syarikat tersebut.
Narendra Modi adalah penyebab rusuhan agama pada Februari 2002, dimana 1000 terbunuh, majoritinya muslim.
Untuk membaikpulih imej Narendra, kerajaan Gujarat terpaksa mengupah APCO Worldwide sebanyak 25,000 US Dollar sebulan untuk perkhidmatan mereka.
Walaupun bayaran perkhidmatan APCO adalah tiga kali ganda dari syarikat perunding imej yang lain, APCO dipilih kerana kebanyakkan bekas Demokrat dan Republikan menjadi konsultan di dalam syarikat tersebut.
Kerajaan Malaysia dipercayai telah memberikan APCO kontrak bernilai 20 juta ringgit sejurus Najib menjadi Perdana Menteri.
Ditubuhkan pada 1984, APCO Worldwide syarikat komunikasi global dengan jaringan di 25 bandaraya utama seluruh dunia.
Pelanggannya terdiri daripada kerajaan, syarikat korporat, pertubuhan industri dan pertubuhan bukan kerajaan.
APCO Worldwide membuka pejabat di Kuala Lumpur pada 1 September 2009 selepas perjanjian yang ditandatangani bersama kerajaan Najib.
Antara penasihat utama APCO adalah mereka yang pernah berkerja dengan Rejim Zionis Israel. Mereka adalah Shimon Shein, bekas duta Israel di Jerman, Itamar Rabinovich, bekas duta Israel di Amerika Syarikat dan Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua Agensi Keselamatan Negara Israel.
dialihbahasa dan dipetik dari freemalaysiatoday
aku rasa semua penulis ini memang bengong lagi dungu (yang banyak fitnah ni aje). Sebelum nak fitnah mana-mana orang 'cermin' dulu.... Mati dah nak dekat kawan.....
BalasPadam