Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Januari 22, 2010

bila rasuah yang selalu kena polis, penjawat awam, pakatan rakyat , kalau umno itu komisen itu politik wang





Operasi SPRM Mencurigakan – Yaakob Sapari

SHAH ALAM, 21 Jan - Setiausaha Kerja Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Hussein Ahmad dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya untuk disoalsiasat berhubung penjualan pasir di Selangor.

Pegawai SPRM mengambil tiga dokumen dari pejabat Hussein Ahmad iaitu profil syarikat-syarikat yang terbabit dalam penjualan pasir, lawatan ke Hangzhou November lepas dan lawatan ke Beijing minggu lepas.

Exco Yaakob Sapari berkata penangkapan Hussein Ahmad ini mencurigakan kerana soal pelulusan perlombongan pasir dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang dilantik kerajaan negeri untuk menguruskan industri itu.

“pejabat saya tidak ada kuasa untuk meluluskan mana-mana permohonan pasir, semua urusan permohonan dikendalikan di Kumpulan Semesta”

“ profil yang diambil semalam itu, saya dah semak dengan kumpulan semesta tidak ada memohon mana-mana kontrak dan dia tak dapat kontrak pun di semesta”

Mengulas mengenai lawatan ke China, Yaakob berkata laporan SPRM mendakwa kunjungan itu ditaja oleh kontraktor pasir, walhal sebenarnya mereka dihantar oleh kerajaan negeri.

“ berhubung lawatan ke China, itu lawatan rasmi Kerajaan Negeri yang dibayar oleh Kerajaan Negeri “

Beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan ini adalah ulangan taktik lama Umno-BN menggugat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

“SPRM dapat aduan daripada orang, tapi bila kena pada kita nampak cepat dan cekap sekali SPRM ini” katanya.

sumber :selangorkini

komen : puluh ratus ringgit namanya rasuah....ratus ribu, juta, ribu juta itu namanya komisen, yang selalu kena orang bawah jugak jadi mangsa...yang pemimpin umno pula senang lenang kenyang perut suka hati...apa persepsi rakyat agaknya? tepuk dada tanya selera

1 ulasan:

  1. Sprm hak milik UMNO .. Senang cakap macam tu kan . Semua apa yang berlaku kepada kerajaan PR selangor adalah kerana UMNO.

    Sememangnya UMNO ni jahat . PR bersih dan suci . Namun kenapa Bahagian Kuala Selangor sendiri ada masalah dalam PKR ? UMNO juga yang jahat kan . UMNO Kuala Selangor yang buat semua tu .

    BalasPadam

Orang kito