Kawan-kawan dan sahabat handai....

Ahad, Januari 10, 2010

Nazri bidas Mahathir isu kalimah Allah


PADANG RENGAS – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz, (gambar) menafikan dakwaan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaanlah yang membawa isu penggunaan kalimah Allah untuk diselesaikan di mahkamah.

Beliau berkata, Ketua Bishop Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam yang membawa isu tersebut ke mahkamah dan kerajaan tiada cara lain melainkan menyelesaikannya melalui jalan itu.

“Sebenarnya apa yang Mahathir kata tidak betul sebab yang membawanya adalah Pakiam,” katanya pada sidang media sempena program kempen kesihatan, bertempat di Dewan Kampung Buaia, di sini.


Menurutnya, tindakan kerajaan adalah betul dalam soal tersebut dan tidak mahu isu itu diperkotak-katikkan sesetengah pihak.

Katanya, seperti juga tindakan pijak kepala lembu, walaupun tidak ada dalam perlembagaan mengatakan bahawa pijak kepala lembu adalah salah tetapi kita cuba menyelesaikannya dengan cara baik.

“Ini kerana kita menjaga sensiviti agama dan menghormati agama kaum lain, maka sebab itu kerajaan ambil tindakan, kita halang isu pijak kepala lembu, jadi kenapa kita tidak boleh jaga perasaan orang Islam dalam menangani masalah ini.”

“Sebaran agama Kristian di Malaysia juga tidak pernah menggunakan bahasa Arab, jadi memang tidak sewajarnya mereka menggunakan kalimah Allah untuk agama katolik itu,” katanya.

Nazri berkata, “kerajaan menganggap keputusan mahkamah itu satu kesilapan. Walau apa pun, menteri mempunyai kuasa untuk menjaga keamanan dan kesucian agama Islam.”

“Penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk agama Islam sahaja, kita juga sedia maklum penyebaran agama Kristian tidak pernah menggunakan bahasa Arab. Jadi mengapa mereka tidak terjemahkan “God” kepada Tuhan, sebaliknya mahu menggunakan
perkataan “Allah?” soal beliau.

Beliau turut menasihati orang-orang Islam supaya tidak menggunakan kekerasan dalam menangani isu ini.

“Saya merayu, kekerasan bukanlah pilihan, kita tahu kita berada di landasan betul, jadi kita serahkan kepada mahkamah. Saya mahu lihat undang-undang mesti ditegakkan dan akan pastikan ia memihak kepada agama Islam,” tegasnya lagi.

sumber: freemalaysiatoday

3 ulasan:

  1. ni lagi satu samdol..jangan pula nanti perkataan 'AMIN' tidak boleh digunakan oleh org bukan islam..

    BalasPadam
  2. Kita jangan ikut macam mereka sudahlah...yer!

    BalasPadam
  3. Si nazri ni nak jaga islam? baik dia jaga anak dia dulu....

    BalasPadam

Orang kito