Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Januari 15, 2010

Bila Pengerusi YBK tak tahu nak beza antara laporan kewangan beraudit dengan laporan aktiviti


MB Kesal YBK Sekadar Dedah Laporan Aktiviti

SHAH ALAM, 14 Jan - Laporan yang dipaparkan di laman sesawang Yayasan Basmi Kemiskinan bukanlah laporan kewangan tahunan seperti yang didakwa Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom, dalam satu akhbar tempatan hari ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata laporan yang dipertonton ke tatapan awam itu hanyalah aktiviti tahunan pertubuhan itu, dan bukan butiran yang memperincikan kepenggunaan sumber yang diberikan kerajaan negeri kepada YBK.

“Jadi pada saya bukan saya tidak katakan YBK ini ada program dan projek, tapi yang saya katakan belum ada laporan kewangan perakaunan tahunan untuk YBK, itu yang paling penting, sebab dalam tatacara pengurusan terbaik, dia juga mesti ada perakaunan bukan sahaja aktiviti”, jelas Tan Sri Khalid.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Shah Alam hari ini.

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan mengambil langkah segera bagi menyelesaikan kebuntuan di pihak yayasan.

“Kerajaan negeri tak payah minta, akan membuat beberapa kajian dari awal penubuhannya, apa aktiviti yang diberikan peruntukan oleh kerajaan negeri, dan berapa duit dari kerajaan negeri semua itu akan kita lakukan sebelum akhir bulan ini”, tegasnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

sumber:selangorkini
Komen: tak kan laporan aktiviti  aje kot, laporan kewangan yang beraudit mana? jangan jadi tonto sudah...Tolong Orang Nak Tipu Orang

2 ulasan:

  1. nampaknya dia ni macam pro UMNO je, dia tak tau ke anak jati selangor majoriti benci UMNO. silap hribulan kena buang negeri dihalau anak jati selangor dia ni.

    BalasPadam
  2. Apa lah yang Zainal Abidin Sakom tu tahu. Tengok sahaja latar belakang dia, kelentong orang kampong bolih lah.
    Elok lah Kerajaan negeri Selangor ambil tindakan sebelum dia terus hancur di tangan orang yang tak reti dan tak faham erti kepentingan negara dan rakyat nya.

    BalasPadam

Orang kito