Harga barangan keperluan Tahun Baru Cina dijangka naik
KUALA LUMPUR- Sebulan lagi menjelang Tahun Baru Cina, barang keperluan untuk menyambut perayaan itu sudah kelihatan dijual di pasar-pasar termasuk di Jalan Petaling di ibu negara, terutamanya bagi barangan untuk perhiasan yang mula mendapat permintaan.
Namun orang ramai dijangka terpaksa membayar lebih bagi mendapatkan barangan keperluan sempena sambutan kali ini kerana peniaga dijangka menaikkan harga barangan mereka.
Tahun Baru Cina akan disambut pada 14 Feb. Oleh kerana sambutan jatuh pada Tahun Harimau, maka banyaklah barangan perhiasan yang mempunyai lambang binatang tersebut.
"Buah limau yang lebih bermutu dan manis dijangka diperolehi minggu depan. Selain buah limau yang mesti ada di setiap rumah, labu oren, kundur dan tebu juga akan mendapat permintaan tinggi," kata Wong Chee Leong, peniaga buah di Jalan Petaling.
"Namun harga buah-buahan kali ini dijangka naik 25 peratus," tambahnya.
-BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan