Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Disember 14, 2009

Pekerja kontrak kerajaan akan dibuang...Rakyat diutamakan???


Kakitangan K'jaan Yang Akan Tamat Kontrak Kini Tertekan - CUEPACS

SHAH ALAM: Cuepacs sudah menerima aduan daripada kakitangan kontrak yang bakal ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini, antaranya Kementerian Pelajaran, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri dan Jabatan Pertanian.

Presidennya, Omar Osman berkata Cuepacs menerima aduan hampir setiap hari berhubung kebimbangan kakitangan kontrak yang tidak disambung perkhidmatan itu dan kebanyakan mereka kini semakin tertekan dan terhimpit dengan keadaan tidak pasti berkenaan.

"Setakat ini sahaja, kami terima aduan daripada kira-kira 200 pekerja kontrak Majlis Tindakan Pelancongan Negeri atas alasan bajet tidak mencukupi, dan kami anggarkan jumlah itu akan meningkat.

"Cuepacs merayu supaya kerajaan mempertimbangkan semula rancangan untuk menamatkan perkhidmatan kakitangan terbabit demi masa depan mereka," kata beliau kepada pemberita selepas menutup Kursus Bola Tampar Peringkat Negeri Selangor di sini semalam.

Omar berkata kebanyakan pekerja kontrak terlibat merangkumi golongan muda berusia antara 25 hingga 30 tahun dan sudah berumah tangga. "Pekerja kontrak yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), tidak menghadapi masalah kontrak mereka dilanjutkan," katanya yang menambah terdapat kira-kira 60,000 kakitangan awam kontrak di negara ini.

Sementara itu, Omar meminta kerajaan menangguhkan tarikh peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bulan ini sebab mendapati ramai tidak lulus peperiksaan tersebut.

"Kalau boleh, kami minta kerajaan menilai semula pelaksanaan PTK ini," katanya. - BERNAMA

1 ulasan:

  1. cadangan;
    Memang mustahil PM najib akan meluluskan pemintaan daripada sgelintir rakyat malaysia yang mana menyandang jawatan kontrak tapi adalah amat zalim jika beliau memandang ringan tentang perkara ini.
    tetapi,
    tidak semua pekerja kontrak ini yang telah memberi komitmen yang penuh serta amanah.
    jadi,
    tidak salah PM najib buat keputusan agar satu penilaian khas bagi mengenal pasti pekerja yang begitu komited dalam memikul tenggungjawab mereka selama tempoh tersebut.

    YANG BAGUS,DIKEKALKAN
    YANG MAKAN GAJI BUTA DAN SEPARA BUTA BOLEH LAH BERENTI DULU...ADA REZEKI LAIN INSYAALLAH

    BalasPadam

Orang kito