Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Disember 17, 2009

Kerajaan negeri sumbang 40,000 beg sekolah ke seluruh negeri Selangor


40 Ribu Pelajar Selangor Bakal Terima Sumbangan Sebelum 30 Disember

KLANG, 17 Disember - Menjelang pembukaan sesi persekolahan, dalam usaha meringankan beban golongan berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan Kerajaan Negeri bakal menyumbangkan beg sekolah kepada 40 ribu pelajar di seluruh Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kesemua beg itu dijangka akan diserahkan sebelum 30 Disember ini.

“Kita akan bagi beg sekolah kepada 40,000 murid di seluruh negeri Selangor, di Dun Andalas kita akan adakan pada 28 Disember yang kita akan adakan beg yang akan kita bagi kepada anak-anak kita di sekolah,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sumbangan kepada Pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari DUN Sri Andalas, Klang malam tadi.

Xavier berkata, Kerajaan Negeri juga tidak meminggirkan golongan pelajar kurang cemerlang dalam peperiksaaan UPSR dan PMR.

Sebagai usaha awal kerajaan negeri memberikan RM90 kepada pelajar yang mengambil UPSR dan RM120 kepada pelajar yang mengambil PMR sebagai pendorong kepada mereka untuk memperbaiki pencapaian akademik.

“Sebelum Disember, kita ada beberapa program ini macam di Dun saya, Dun Andalas di semua Dun ada, duit untuk PMR, UPSR telah diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah, jadi Adun-Adun kena buat program macam ini, panggil budak-budak yang dah didaftarkan sebelum ini, nama mereka, ic mereka, kita boleh bagi tunai, UPSR dapat 90 ringgit dan PMR 120 ringgit seorang,”katanya.

Xavier yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas berkata, sebanyak 250 pasang kasut sekolah dalam bentuk voucher turut diberikan kepada pelajar-pelajar sekitar Dun berkenaan dan mereka boleh menebusnya di rangkaian kedai Bata.

“Kita akan bagi kasut kepada anak-anak muda kita 250 pasang, kita nak ambil 250 orang pergi ke Bata, tak boleh, jadi kita suruh Bata datang ke sini dan kita bagi voucher dan lepas tu boleh ambil kasut,”katanya.

Dalam majlis itu, hampir 100 pelajar UPSR dan PMR dari Dun Sri Andalas menerima sumbangan masing-masing bernilai 90 ringgit dan 120 ringgit merangkumi Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil serta Sekolah Agama Rakyat.

             "SELANGOR NEGERI BERKEBAJIKAN"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito