Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Disember 17, 2009

bukan tak percaya? memang tak percaya..lagi satu projek tipu melayu


Universiti Felda disambut baik

JENGKA – Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan penubuhan universiti Felda sekiranya ia benar-benar akan dilaksanakan malah sedia menawarkan tapak yang sesuai sama ada di Maran atau di Jengka bagi tujuan penubuhannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak berkata, Kerajaan Negeri sedia menawarkan tapak itu sekiranya Felda berhasrat membina sebuah universiti bagi memenuhi tuntutan banyak pihak.

Menurutnya, walaupun Felda atau Kerajaan Pusat belum membuat sebarang keputusan mengenainya namun Kerajaan Negeri membuat tawaran awal dengan mengambil kira kedudukan strategik negeri ini khususnya wilayah terbabit.

“Cadangan Felda untuk menubuhkan universiti sendiri bagi menjamin peluang pendidikan tinggi kepada anak-anak peneroka Felda di negara ini adalah cadangan yang baik malah selaras dengan misi Felda supaya keluarga peneroka mempunyai tahap pendidikan yang sesuai.

“Berita mengenainya semakin hangat diperkatakan dan ia dikatakan kini dibincangkan di peringkat pegawai tinggi kerajaan malah ada pihak tertentu telah menunjukkan kecenderungan supaya universiti Felda yang masih di peringkat perbincangan itu dibina di negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas menyaksikan Pertandingan Futsal Felda/FAM Kebangsaan Ketiga di Felda Raya Jengka 14, Ahad lalu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail; Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din; Penolong Pengurus Pertandingan Liga Futsal Felda/FAM Malaysia, Faisal Zakaria; Pembantu Khas Ahli Parlimen Kuala Krau, Mohd Razali Mamat dan Pengerusi Penaja Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Jengka, Hamedan Abu Samah.

Tan Mohd Aminuddin berkata, dari segi sejarah penubuhan Felda lebih sinonim dengan wilayah Jengka dan Lurah Bilut, menjadikan Pahang lebih sesuai sebagai lokasi universiti berkenaan sekiranya ia diwujudkan.

“Pahang juga mempunyai tanah yang luas bagi tujuan itu seperti di Bandar Jengka dan kedudukannya di tengah-tengah memudahkan segala urusan dan dirasakan amat sesuai untuk tapak universiti Felda,” katanya.

Menurutnya, penubuhan universiti Felda itu dicadangkan oleh banyak pihak termasuk MBFM dalam usaha jangka panjang melahirkan lebih ramai profesional khususnya dalam kalangan anak peneroka.

“Jika diambil kira perkembangan terkini maka amat sesuai untuk Felda memiliki sebuah universiti bagi membolehkan generasi muda Felda melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

“Kewujudan universiti Felda juga secara tidak langsung dapat menampung lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya melanjutkan pelajaran sesuai dengan minat dan kelulusan diperoleh,” katanya

sumber: sinarharian
komen:
Terdahulu dalam sidang parlimen, Universiti Malaysia Kelantan masih lagi pecah tanah tak sudah-sudah, pecah tanah polteknik dari tanah jadi bukit.

Janji yang tak boleh dipakai ialah janji umno...jual temberang sana sini, yang dok janji, bayang universiti pun tak nampak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito