Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Disember 15, 2009

lerrr...ingatkan perak aje yang kerajaan haram...pusat pun ada menteri haram


Memang diorang ni suka benda-benda yang haram...nak buat macam mana?

'Timbalan menteri haram'?

PUTRAJAYA 13 Dis. - Kemelut dalaman Parti Progresif Penduduk (PPP) terus berlarutan apabila hari ini Presidennya, Datuk M. Keayeas 'menyerang' Senator Datuk T. Murugiah yang disifatkan sebagai 'Timbalan Menteri haram' dan pengacau kepada parti itu.

Ini kerana, kata beliau, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mendatangkan masalah kepada PPP kerana masih mempunyai kedudukan dalam kerajaan meskipun beliau telah dipecat daripada parti.

Kayveas yang mengulangi desakan agar Murugiah melepaskan jawatannya dalam kerajaan turut mendakwa beliau menjadi 'dalang' kepada satu laporan palsu oleh empat orang bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) PPP kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jun lalu.

Laporan tersebut mengaitkan Kayveas dan firma guamannya, Blanche dengan penyelewengan dana parti sejumlah RM3 juta.

Sehubungan itu, Kayveas bersama sekumpulan penyokongnya hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Putrajaya bagi membersihkan namanya setelah SPRM menutup kes berkenaan melalui surat yang diterimanya pada 25 November lalu.

''Saya membuat empat laporan serentak iaitu sebagai Presiden PPP, peguam dan bagi pihak Datin Blanche yang kini bertugas sebagai Duta Besar di Papua New Guinea kerana dakwaan berkenaan membabitkan penyelewengan wang parti dan mengaitkannya dengan firma guaman, Blanche dan Kayveas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan di Balai Polis Daerah Putrajaya pada pukul 2.30 petang di sini hari ini.

sumber:utusanonline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito