Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, November 05, 2009

PRU12...rakyat menentukan Nizar adalah MB Perak yang sah...hari ini mahkamah pula menjadi penentunya



Masa depan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan menteri besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, kini terletak pada keputusan rayuan yang sedang didengar oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Keputusan rayuan bukan sahaja akan menentukan menteri besar Perak yang sah tetapi juga akan menjadi duluan bagi kes-kes yang serupa pada masa depan.

Mahkamah tertinggi di negara ini itu juga akan mentafsir kuasa raja-raja untuk membubarkan dewan undangan negeri serta pelantikan menteri besar.

Panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas.

Sumber:malaysiakini

1 ulasan:

  1. Janganlah Terlalu berharap sangat.. Umum dah mengetahui Keputusan mahkamah akan berpihak pada BN, Klu gerombolan tahu keputusan mahkamah tidak memihak kepada beliau.. MB haram tersebut akan membubarkan dun untuk mengelakkan kemaluan yg akan gerombolan terima.. dan xdelah juga gerombolan terhegeh2 membentangkan Budget untuk Negeri Perak.
    Ramalan ku.. Keputusan Pasti memihak Pada BN...
    apa pula ramalan anda????

    BalasPadam

Orang kito