Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Julai 31, 2009

Menjelang 1 Ogos...KL jadi bandar polis

Pandai-pandai cari jalan masuk KL sebab diorang dah mula kunci semua jalan ke KL...


Sekatan jalanraya menjelang perhimpunan ISA esok

Polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan utama di sekitar Lembang Klang yang menuju ke Kuala Lumpur menjelang dua perhimpunan ISA yang dirancang diadakan esok.

Lalulintas bergerak perlahan di beberapa lokasi apabila jalan-jalan utama kini menjadi satu laluan.

Terdapat dua sekatan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan di PJ dan satu lagi di Jalan Tun Razak, berhampiran Hospital Kuala Lumpur.

Dua kumpulan - pro-ISA dan anti-ISA - bertegas untuk meneruskan rancangan mereka mengadakan perhimpunan tersebut, walaupun polis mengarahkan mereka supaya membatalkannya.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan anti-ISA manakala Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan perhimpunan pro-ISA.

sumber:www.malaysiakini.com



Demo ISA: Polis mulakan sekatan jalan-jalan utama di Lembah Klang

PETALING JAYA: Polis telah mula mengadakan sekatan lalu lintas di lokasi-lokasi utama di Lembah Klang sejak pagi bagi halang perhimpunan anjuran 2 kumpulan di Kuala Lumpur esok

Dua kumpulan yang masing-masing pro dan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu ini, Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran).

Magaran merupakan kumpulan yang mahu ISA dikekalkan.

Esok Magaran merancang untuk mula berkumpul di tiga kawasan iaitu di Masjid Negara, Padang Merbok dan Pasar Seni sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Mereka kemudiannya akan menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong yang antaranya menyatakan sokongan terhadap ISA.

Sementara itu, kumpulan anti-ISA - GMI turut akan berkumpul di tiga lokasi iaitu di kompleks membeli-belah SOgo, Masjid Negara dan Masjid Jamek.

Dari tiga lokasi berkenaan, penyokong GMI akan bergerak serentak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan 'Deklarasi Rakyat' kepada Yang di-Pertuan Agong.

sumber:mstar.com.my

1 ulasan:

  1. ENTAH LE POLIS NI....SEKARANG NI DOK SIBUK CABUT,KOYAK IKLAN ALONG...BERAPA LAMA POLIS SANGGUP BUAT KEJE NI..ESOK KENE KUNCI JALANRAYA KL PULAK...HAMBA BN

    BalasPadam

Orang kito