Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Julai 31, 2009

Cermin diri dulu baru nak mengata!!!



Ini ayat-ayat Menteri Pertahanan Malaysia,Zahid Hamidi telah berjumpa Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di Paris bulan lepas dalam satu majlis koktail sempena pertunjukkan udara di Perancis.

Sebelumnnya Bernama melaporkan Zahid Hamidi berjumpa Perdana Menteri Israel,Benjamin Netannyahu tapi dinafikan oleh Pegawai khas (media) dan dibetulkan semula oleh bernama.

BAGAN DATOH - Lemparan kata-kata liar yang dikeluarkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai UMNO memperlihatkan tokoh ulama itu seolah-olah seperti orang jahil.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika hasrat Nik Aziz mahu berbaik dengan Kerajaan Pusat kerana ada 'udang di sebalik batu', lebih baik lupakan hasrat dendam itu.

Beliau berkata, sepatutnya sebagai ulama, Nik Aziz harus menunjukkan contoh sahsiah terbaik untuk jadi ikutan ummah, bukan dengan memaki hamun.

“Ulama seperti Nik Aziz bukan bersifat maksum seperti nabi kerana beliau ulama politik yang bermain d:engan kata-kata dan tidak seharusnya
bertindak sedemikian jijik.

:“Ulama seharusnya memberikan nasihat tanpa berpihak dan berdakwah dengan kebijaksanaan dan kelembutan,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Nik Aziz yang mengeluarkan kenyataan keras berhubung pendiriannya menolak sebarang kerjasama dengan UMNO apabila menyatakan "pergi jahanamlah UMNO” dalam satu sidang media baru-baru ini.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story3002539.asp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito