Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Julai 29, 2009

belajar tangani atau pelajari rasuah???

Nasihat pada orang afrika....kalau puluhan ratusan juta itu komisen namanya.....
Kalau puluh ratusan ringgit...itu barulah rasuah....
untuk orang biasa atau pasukan beruniform...undang-undangnya lain
untuk VIP dan orang umno pun lain undang-undangnya.....
Ikan bilis kena penjara....ikan jerung terlepas.....
itulah rasuah di malaysia.........
ketam oh ketam.............


Afrika pelajari cara Malaysia tangani rasuah

Daripada RAMLI ABDUL KARIM
pengarang@utusan.com.myKAMPALA 27 Julai - Malaysia berkongsi pengalamannya menangani rasuah termasuk menerusi penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan negara-negara Afrika dalam Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) yang berlangsung di Munyonyo di sini.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengalaman itu disampaikannya menerusi salah satu sesi dialog bersama ketua-ketua kerajaan yang menyertai Global 2009 hari ini.

"Kita beritahu mereka mengenai SPRM dan kita berpeluang berkongsi pengalaman bagaimana rakyat harus disedarkan tentang bahaya rasuah supaya ia dilihat sebagai sesuatu yang jijik.

Ini kita bincang secara terbuka," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.Timbalan Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri Global 2009 di Munyonyo Commonwealth Resort dekat sini yang bermula semalam hingga esok.

Menurut Muhyiddin, memandangkan pada masa ini negara-negara Afrika masih berdepan dengan isu ketelusan dan kekangan lain, maka terserah kepada negara terbabit sama ada mahu mengikuti cara Malaysia dalam menangani gejala rasuah.

"Saya diberitahu bahawa di sini, semakin mereka berjaya semakin besar gejala rasuah. Apabila pendapatan mereka lebih tinggi, kecenderungan melakukan rasuah lebih besar. Ini adalah pengalaman negara-negara Afrika sendiri," katanya.

Selain itu, tambahnya, beliau turut sama berbincang dengan Kelab 29 iaitu pemimpin generasi muda Afrika yang begitu peka terhadap usaha membangunkan masyarakat termasuk meminta pandangan Malaysia mengenai pendidikan dan masa depan mereka.

"Kita berbincang bersama-sama dengan Kelab 29, memberi idea-idea dan mereka menunjukkan respons yang positif terhadap cadangan-cadangan yang diberikan," katanya.

Pada hari kedua Global 2009 hari ini, Muhyiddin menghadiri lima sesi dialog dan perbincangan di samping majlis pelancaran Hab Kebebasan Munyonyo, iaitu pusat perkongsian pengalaman antara negara-negara Afrika di Speke Resort, Munyonyo.

Dalam sesi dialog bertajuk 'Transformasi: Wawasan Negara Berdepan Cabaran' yang berlangsung pada sebelah pagi, Timbalan Perdana Menteri menjadi salah seorang anggota kumpulan pemikir utama dalam perbincangan tersebut bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.Sesi tersebut dipengerusikan Presiden Uganda, Presiden Yoweri Kagua Museveni dan ketua-ketua kerajaan termasuk Presiden Tanzania, Jakaya Mrisho Kikwete; Presiden Zambia, Rupiah Banda; Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe dan Raja Swaziland, Mswati III.Muhyiddin juga dipilih sebagai salah seorang anggota kumpulan pemikir utama sesi dialog bertajuk 'Berita Pada Masa Depan' yang melibatkan penyertaan wakil media tempatan dan asing. - Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito