Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Julai 27, 2009

baru kau sedar, bila dah kena batang hidung sendiri...

Aktivis popular Datuk Marina Mahathir mengecam keras akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli.

Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai "makhluk yang hina", aktivis wanita itu berang dengan media berkenaan yang melaporkan pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya sewaktu dikenali dengan nama asalnya.

"Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya (Yasmin).

"Remuk perasaan keluarganya," kata Marina.

"Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya.

"Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya.

"Apakah tidak ada rasa hormat di kalangan editor dan pemberita di sana?"

Anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut menggesa pembaca membantah pemberitaan itu dan memulaukannya.

"Beginikah caranya kita mengenang mereka yang pernah memberi sumbangannya kepada negara?

"Apakah ini maksudnya Satu Malaysia?" kata Marina di blognya RantingsbyMM hari ini.

Akhbar tabloid harian itu menyifatkan filem-filem iklan Yasmin, selalunya pada musim perayaan, "yang penuh dengan suasana hidup 1Malaysia" - slogan yang yang dipromosikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Yasmin, 51, meninggal dunia lewat malam Sabtu lalu setelah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara petang Khamis lepas akibat diserang angin ahmar ketika di stesen TV3.

Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya tersendiri, ditangisi oleh tokoh politik, penggiat seni dan peminatnya.

Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

Jenazah Yasmin selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, kira-kira 1 petang semalam

petikan dari www.malaysiagoogle.com / kosmo

2 ulasan:

  1. Kalau marah pun wahai anak mahathir yang tak pakai tudung.. jgn la sampai memulaukan dan mengecam sampai begitu sekali..sehinggakan tiada bahasa sopan yang keluar? sepatutnya tegur la penulis dan editor akhbar itu dengan hormat..

    BalasPadam
  2. hahaha selagi namanya utusan mimang bagitu la itu. bah dgn utusan meloya pun patut dipulaukan sekali marina oiiii

    BalasPadam

Orang kito