Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Februari 01, 2010

sombong bodoh...

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Kenyataan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang meminta 28 Adun Pakatan Rakyat di negeri itu mengosongkan jawatan dilihat sebagai bukan sahaja sombong dan dangkal bahkan bodoh sebagai seorang ahli politik berwibawa.

Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki berkata, kenyataan Dr Zambry yang mencabar semua Adun PR melepaskan jawatan untuk dipertandingkan semula menampakkan kecetekan beliau di dalam ilmu pengetahuan berpilihan raya di negara ini.

Di dalam satu portal berita, Dr Zambri dilapurkan mencabar 28 Adun PR mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kerusi-kerusi.

"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak dalam pilihan raya kecil," katanya selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM Ipoh hari ini.

Menurut Ustaz Misbah, Dr Zambry mengeluarkan kenyataan itu tanpa meneliti aturan dan peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dengan tegas menyebutkan; mana-mana wakil rakyat yang meletakkan jawatan; beliau tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun berikutnya.

Inilah yang Dr Zambry terlepas pandang dan pasti beliau tidak mempunyai maklumat ini sebab itulah beliau dengan tidak semena-mena membuka tembelang dirinya yang kononnya bijak berpolitik, jelasnya.

“Sepatutnya Dr Zambry yang isytiharkan pembubaran Dun Perak untuk diadakan pilihan raya semula bagi membolehkan rakyat negeri ini memilih PR yang layak atau BN yang akan ditumbangkan mengikut lunas demokrasi.

“Bukannya dengan membuat kenyataan yang menampakkan sikap sombongnya dalam mempertahankan perbuatan merampas Kerajaan Perak bermula 6 Februari 2008 lalu, malah dilihat oleh rakyat sebagai dangkal dan bodoh,” tegasnya kepada Siasah baharu sebentar tadi.

Ustaz Misbah berkata, PAS berkeyakinan penuh suasana Negeri Perak akan kembali makmur dan segar semula dan perasaan rakyat keseluruhannya akan berpuas hati sekiranya Dun dibubarkan untuk pemilihan kerajaan baharu.

Sumber :HarakahDaily

3 ulasan:

  1. Ini la ahli politik paling bangang pada abad ini..macamana la najib boleh pilih si bodoh sekor ni jadi MB Perak...

    BalasPadam
  2. zambry cakap tak srupa bikin. Orang macam ni la yang patut kita nyahkan dari bumi melaysia ni. kerana dia menderhaka pada rakyat. cuba kita cari salasilah keturunannya. aku rasa dia bukan dari gagasan rumpun melayu. sebab hidung dan dahinya amat berlainan dng orang melayu.

    BalasPadam

Orang kito