Parti Makkal Sakhti Berpecah!
KUALA LUMPUR, Dis 2 – Parti Makkal Sakthi Malaysia, yang dilancarkan dua bulan lalu oleh Perdana Menteri, menuju perpecahan dengan kumpulan bertelagah mendesak Presidennya R S Thanenthiran melepaskan jawatannya dengan segera.
Kumpulan yang dipimpin oleh Timbalan Presiden A Vathemurthy yang mendakwa menerima sokongan lebih 15 daripada 27 anggota Jawankuasa Pusat (CC) tidak mahu Thanenthiran memimpin parti ini lagi.
“Kami mahu Thanenthiran melepaskan jawatan presiden dan tidak lagi memimpin parti. Usul untuk menyingkirkan sepatutnya dibincangkan hari ini tetapi mesyuarat CC dibatalkan minit terakhir, kami tidak tahu siapa di belakangnya,” kata Vathemurthy pada sidang di sini sebentar tadi.
Mesyuarat CC yang dijadual membincangkan usul menggugurkan Thanenthiran sepatutnya bersidang malam ini.
Tetapi Setiausaha Agung R Kannan telah membatalkan notis mesyuarat tengah malam tadi.
sumber : malaysianinsider
MCA Lunyai
MIC longlai
PPP lintang Pukang
Makkal Sakhti Terburai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan