Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Disember 01, 2009

Lagi subsidi untuk rakyat ditarik...terima kasih 1Malaysia


Kerajaan sedang mengkaji untuk memansuhkan harga subsidi gula untuk rakyat

Kementerian hal ehwal pengguna sedang mengkaji untuk menarik balik subsidi gula dengan alasan untuk mengurangkan penggunaan gula di kalangan rakyat malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian sedang meneliti cadangan dan akan membawa ke kabinet kelak.

Kementerian sedang meneliti untuk mengurangkan atau menghapuskan terus subsidi gula. Kementerian berkata subsidi gula terlalu tinggi dalam ucapannya semasa kempen mengurangkan pengggunaan gula di kalangan pengguna Anjuran persatuan pengguna pulau pinang.

Tahun ini kerajaan memperuntukkna sebanyak RM720 juta untuk subsidi gula bagi mengekalkan harga gula
RM1.45 sekilogram.

Bagaimanapun, jika cadangan menghapuskan subsidi terlaksana, pengguna akan terpaksa membayar sebanyak RM2.45 sekilogram, kenaikan hampir sekali ganda.

-BERNAMA

P/S-Nampaknya hampir keseluruhan bahan-bahan kegunaan harian rakyat malaysia akan ditanggung secara terus oleh rakyat. Tahniah pada 1Malaysia atas keprihatinan anda dengan bebanan kos sara hidup disampai memotong elaun sedia ada dan menafikan bonus kakitangan kerajaan bawah dan pertengahan.

Agenda 1Malaysia hampir tercapai dengan bebanan akan ditempiaskan pada rakyat. Undilah lagi BN. Tahniah pada pengundi umno/BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito