Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, September 02, 2009

Yang dicari dah jumpa..apa lagi tunggu???

Yang dituduh orang PAS yang demo...tapi banner dok kutuk takbir...mempermainkan agama sendiri dan agama orang lain....

Check nama tengok sekali umno Selayang da...apa ke hal nya sampai ke seksyen 23 shah alam pulak...

Ini provokasi terpimpin yang harus polis tangkap...bukan tangkapan penyokong pakatan rakyat





Hishammuddin jumpa penduduk Seksyen 23 hari ini

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan berjumpa dengan penduduk Seksyen 23, Shah Alam hari ini bagi membincangkan isu pemindahan semula kuil ke kawasan mereka yang telah menimbulkan bantahan.

Hishammuddin berkata pertemuan itu juga adalah untuk membincangkan beberapa isu berkaitan yang antaranya dipercayai termasuk berhubung tindakan sekumpulan 50 orang yang turut meletak kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor Jumaat lepas, sebagai membantah pemindahan kuil itu.

Hishammuddin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima memorandum berkaitan cadangan pindaan ISA daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di pejabatnya di sini semalam.

Kuil Sri Maha Mariamman itu dicadang untuk dipindahkan dari Seksyen 19. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito